Jalan-jalan ke Bazar Ramadhan di Putrajaya.

Assalamualaikum. Bagaimana dengan puasa pembaca semua ? Pejam celik, pejam celik. kita sudah hampir ke penghujung Ramadhan tahun 1440 Hijrah. Tak lama lagi insya-Allah, kita akan menyambut 1 Syawal. Harap-harapnya puasa yang masih berbaki beberapa hari lagi dapat kita gunakan sebaik mungkin dengan beribadah kepada Allah SWT dan bersedekah. Kalau pembaca nak tahu, ganjaran bersedekah di bulan Ramadhan amatlah besar.

Antaranya ialah, Rasulullah SAW bersabda; “Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api”.

Selain itu, Rasulullah SAW bersabda; “Orang yang memberikan hidangan berbuka puasa kepada orang lain yang berpuasa, ia akan mendapatkan pahala orang tersebut tanpa sedikitpun mengurangi pahalanya”. ( HR At Tirmidzi )

Bestkan mendapat jaminan pahala yang sebegitu besar daripada Allah SWT. So, apa lagi jomlah beramal. Di penghujung Ramadhan ini juga, kami sekeluarga berhajat untuk bertarawikh di Masjid Cyberjaya. Alang-alang sampai ke Cyberjaya, kami singgah di bazar Ramadhan, Putrajaya.

Pada mulanya kami sampai di deretan gerai berkhemah di depan bangunan LPPSA. Ingatkan bazar Ramadhan, rupa-rupanya pasar tani. So, kalau pembaca nak datang jangan salah tempat pula ye. Abang yang berniaga di Pasar Tani kata dekat Masjid Besi. Masjid Sultan Mizan lah tu.

Pasar Tani Putrajaya.

Kami pun bergegas ke sana. Al-maklumlah, nak dekat berbuka puasa dah ni. Mmm…, apa yang ada di bazar Ramadhan Putrajaya ye? Jom kita tengok antara gerai yang sempat Ida snap gambarnya.

Fuh, dah sampai pun.
Air double trouble shake yang awesome. Ada 2 perisa dalam satu gelas, air mangga dan buah naga. Harganya RM8.
Hidangan nasi Kerabu dari Kelantan.
Pelbagai aneka seafood celup tepung.
Bomboloni dengan 7 perisa. Dah dekat nak habis tu.
Milo ais dengan pelbagai topping.
Pelbagai perisa kek sponge.
Takoyaki pelbagai perisa.
Air kocok Kelantan.
Durian Goreng.
Nasi Briyani Gam.
Kerang Bakar.

Selesai membeli beberapa juadah berbuka puasa, kami menuju ke Masjid Cyberjaya. Kat sini makanan berbuka puasanya best juga. Hari ini kami dapat makan gulai kurma ayam dengan ikan kering. Hidangan sampingannya, of course lah air double trouble shake dan donut bombolani flavour durian yang kami beli tadi.

Suasana di masjid Cyberjaya sebelum berbuka puasa.

Bagi mereka yang ada anak kecil, ada disediakan playground untuk mereka bermain-main. Tak lah nanti mereka berkeliaran di tempat orang sedang bersolat.

Ok lah, ada berbaki beberapa hari lagi sebelum hadirnya 1 Syawal, apa kata ke Masjid Cyberjaya yang luas dan happening gitu. Bawa juga anak-anak bertarawikh ye. Semoga menjadikan mereka lebih dekat dengan masjid.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s