Best ke ada dua warganegara?

Gambar daripada Flickr miyamiya miyamiya

Assalmualaikum dan salam sejahtera. Ada ke sesiapa dari kalangan pembaca yang nak ada dua warganegara? Kalau pembaca nak tahu, terdapat penduduk di Rantau Panjang, Kelantan yang mempunyai 2 warganegara iaitu warganegara Malaysia dan Thailand.

Macam mana ye diaorang ni dapat 2 warganegara? Mereka mewarisinya daripada datuk dan nenek yang mendapat kad pengenalan Malaysia dengan mudahnya pada tahun 1980-an dengan hanya bayaran RM50. Pada masa itu ramailah yang berpusu-pusu mendapatkan kad pengenalan Malaysia. Mereka mencari nafkah di Malaysia dan apabila nak melawat saudara-mara di Thailand, mereka gunakan pula kad pengenalan Thailand.

Memang menjadi satu kesalahan mempunyai 2 warganegara, tetapi kebanyakan daripada mereka sayang untuk menyerahkan IC Malaysia kerana kemudahan mencari rezeki dan anak-anak mereka yang dapat bersekolah di Malaysia. Apabila mereka bekerja di Malaysia, mereka akan menyimpan IC Thailand di rumah, dan begitulah sebaliknya apabila mereka pergi ke Thailand, mereka akan menyimpan IC Malaysia di rumah.

Berbalik kepada persoalan, boleh ke ada 2 warganegara, memang tak bolehlah. So, moralnya bersyukurlah dengan apa yang kita ada dan jadilah warganegara yang baik kepada negara masing-masing.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s