Suasana Baru, Kehidupan Baru.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sudah agak lama Ida tidak berblogging. Maklum sajalah, proses berpindah rumah rupanya mengambil masa yang agak lama. Pertama, proses pertukaran anak ke sekolah yang baru dan keduanya, proses adaptasi itu sendiri dengan suasana yang baru.

Daripada suasana bandar ke suasana yang ala-ala kampung, Ida perlu mengubah sedikit jadual kehidupan bersama anak-anak. Dulunya, hujung-hujung minggu saja kami ke shopping complex yang ada di sekitar Lembah Klang. Kadang tu, window-shopping je😁 Kini, suasana agak ‘simple’. Kebetulan, kawasan perumahan Ida yang baru ni mempunyai banyak taman, tasik dan bukit-bukau. So, Ida bawalah mereka ke sini. Bermesra dengan alam gitu.

Tasik berhadapan dengan taman perumahan.
Menikmati keindahan tasik sebelum matahari terbenam.
Berjoging di sekitar tasik

Bukit Botak yang menjadi hotspot hikers.

Ramai yang telah berjaya mendaki sampai ke puncak Bukit Botak. Even ada yang kata anak kecil pun boleh sampai ke puncak. Of course lah dengan parents masing-masing kan. Apa pun persediaan mental dan fizikal perlu ada jika nak menceburi diri dalam aktiviti hiking ni. Alhamdulillah, di sini banyak aktiviti joging, berbasikal dan hiking dapat dilakukan. Not to mention, mendengar kuliah-kuliah agama yang kerap dianjurkan oleh masjid. Lagipun, masjid di sini kerap mengundang ustaz tersohor tanahair. Baru-baru ni, Ustaz Azhar Idrus memberi ceramah bertajuk ‘Anak kunci ke Syurga’. Insya-Allah, kalau ada kelapangan Ida akan berkongsi ceramah-ceramah yang diberi dalam blog ini.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s