17 Tips bagaimana mengurus masa dengan efektif.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Seringkali kita mengeluh kesuntukan masa dan tidak sempat melakukan sesuatu perkara. Benarkah masa itu tidak cukup? Atau sebenarnya kita ada masalah dalam pengurusan masa? Di sini Ida ada google tentang tips pengurusan masa, dan hasilnya 17 tips dapat diambil tentang tips pengurusan masa yang efektif.

Tetapkan masa untuk setiap tugasan.

– Sebagai contoh anda ingin menulis satu artikel untuk blog anda. Anda hadkan setengah jam untuk hasilkan artikel tersebut. Ini menjadikan kerja yang anda lakukan itu lebih menyeronokkan kerana sudah wujud satu ‘permainan’ atau game disini dengan had masa tersebut.

Buat senarai tugasan yang perlu dilakukan ( To-do-list )

– Satu projek yang dihasilkan adalah manifestasi daripada perkara-perkara kecil yang dilakukan. Dengan membuat senarai tugasan juga menjadikan anda lebih fokus dan seterusnya memberi dorongan dan motivasi kepada anda apabila melihat apa yang telah dicapai dan apa yang belum dicapai lagi.

Membuat Perancangan

– Jika kita tiada perancangan, kita akan menumpukan kepada perkara yang remeh-temeh. Perancangan boleh dilakukan pada waktu malam dan waktu pagi. Pada waktu malam, tetapkan 15 perkara-perkara penting untuk dilakukan pada esok hari. Pada waktu pagi pula, tulis 3 @ 4 perkara penting untuk dilakukan pada hari tersebut dan lakukannya pada waktu di mana anda paling produktif.

Melakukan perkara-perkara yang paling penting pada waktu pagi.

– Waktu pagi adalah masa di mana tenaga anda berada pada tahap tertinggi. Oleh itu adalah wajar tugasan penting tersebut dilakukan pada waktu pagi.

Belajar untuk menyerahkan sesetengah tugasan kepada orang lain.

– Dengan membuat delegasi, anda akan dapat fokus kepada perkara yang lebih penting sebagai contoh perkara yang dapat menjana wang ke dalam poket anda.

Jangan buat kerja separuh jalan.

– Buat kerja separuh jalan menyebabkan banyak masa diperlukan semula untuk menyelesaikan tugasan yang tergendala tadi. Tugasan tadi kemungkinan tergendala kerana melakukan perkara-perkara lain yang tiada kaitan dengan kerja seperti membaca wassap, e-mail, menjawab panggilan telefon dan sebagainya.

Tukar Jadual Anda

– Anda perlu menukar jadual jika ingin mengurus masa dengan baik. Bangun lebih awal adalah baik, contohnya pukul 5 pagi. Pada waktu ini, masa anda dapat digunakan dengan produktif seperti bersenam, membuat rancangan seharian, melihat e-mail tanpa gangguan.

Perlu ada ruang untuk berehat seketika antara tugasan dan mesyuarat.

– Minda manusia hanya dapat fokus dengan baik selama 90 minit pada satu-satu masa. Tanpa ada ruang untuk rehat seketika, adalah sukar untuk fokus dan mengekalkan motivasi.

Menjadi lebih teratur dan membuat satu kerja pada satu-satu masa.

– Menjadi lebih teratur membuatkan kita dapat menjimatkan masa dan duit. Anda juga perlu mengamalkan melakukan satu kerja pada satu-satu masa. ‘Multi-tasking’ adalah penyebab seseorang itu meletakkan benda di tempat yang tidak sepatutnya.

Mengikut peraturan 80~20

– Prinsip Pareto dapat diaplikasikan dalam pengurusan masa dimana 80% hasil adalah 20% daripada tindakan kita. Adalah dicadangkan untuk melihat kepada jadual ‘to-do-list’ setiap hari.

Gunakan kalendar dalam talian.

– Dengan menggunakan kalendar dalam talian, anda dapat mencapainya daripada alat yang pelbagai, dapat membuat jadual mesyuarat dan temujanji dengan mudah dan membuat nota peringatan.

Berhenti menjadi ‘sempurna’.

– Apabila anda cuba menjadi ‘sempurna’, sebenarnya tidak ada yang pernah bagus. Ini bermakna anda akan membuat tugasan yang sama berulang-kali. ‘Sempurna’ tidak pernah wujud. Buat yang terbaik dan teruskan kehidupan.

Katakan ‘Tidak’.

– Jika anda mempunyai banyak kerja untuk dilakukan, maka adalah wajar untuk menolak undangan makan malam atau menolong rakan anda untuk sesuatu projek sehingga anda mempunyai masa lapang.

Terapkan tabiat yang dapat menjadikan anda lebih baik (Keystone habits).

– Tabiat ini merupakan tabiat yang dapat merubah hidup anda seperti bersenam, memantau pemakanan anda, mempunyai rutin harian dan bermeditasi.

Jangan bazirkan masa ‘menunggu’.

– Gunakanlah masa ‘menunggu’ dengan membaca buku-buku berbentuk inspirasi, mendengar podcast atau membuat draf bagi post dalam blog yang berikutnya.

Mencari inspirasi

– Untuk mendapatkan inspirasi, anda boleh membaca buku atau biografi. Ianya cara yang mudah untuk menaikkan semangat dan menjadi lebih bermotivasi.

Buat Sedikit.

– ‘Sedikit’ disini bermaksud lebih baik. Ini dapat dicapai dengan cara memperlahankan rentak kehidupan anda, menjadi lebih sedar tentang apa yang perlu dilakukan dan fokus hanya pada perkara-perkara berkenaan. Apabila anda melakukan sesuatu perkara, jadikan setiap tindakan itu dikira atau bermakna (every action counts).

Kepentingan masa juga dapat dilihat apabila ayat pertama yang turun kepada Baginda Rasulullah SAW juga berkisar tentang persoalan masa; Surah Al-Asr Ayat 1-3:

“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran”.

Jom kita praktikkan tips-tips di atas agar masa yang ada dapat dimanfaatkan sebaik mungkin, insya-Allah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s