Nikmat Khusyuk; rahsia teragung Allah SWT buat hambaNya.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Khusyuk merupakan syarat utama ibadah solat diterima oleh Allah SWT. Namun, berapa ramaikah daripada kita yang mampu khusyuk dalam solatnya?

Khusyuk bermaksud menghadirkan diri dalam hati perasaan takut kepada Allah, serta mengharapkan rahmatNya. Ini diikuti dengan pergerakan anggota badan yang tidak menoleh-noleh atau berpaling-paling, meletakkan tangan kanan ke atas tangan kiri dengan penuh hormat seperti perlakuan seorang hamba dan kedua kakinya tegak berpijak dan tidak bergerak. Mereka yang tidak khusyuk dalam solat tetap masuk neraka; iaitu neraka Huthomah (nauzubillahiminzalik).

Allah amat kasihkan hambaNya. Kasih Allah melebihi kasih ibu kepada anak-anak. Masakan tidak, sewaktu di dalam rahim lagi, kita telah dapat merasai hangatnya kasih-sayang seorang ibu yang dititipkan oleh Allah. Denyut nadi janin bersatu dengan denyutan nadi ibunya. Dia mendapat makanan hasil daripada apa yang ibunya makan. Setelah lahir, bayi diberikan sepenuh kasih-sayang dan perlindungan oleh ibu-bapanya. Dicampakkan rasa kasih dan kasihan dalam hati ibu-bapanya untuk menjaga bayi itu dengan baik. Setelah beransur remaja dan dewasa, dia diberikan akal yang cerdas dan tubuh badan yang sihat untuk menuntut ilmu dan mencari rezeki. Setiap detik kehidupannya adalah dalam pemerhatian dan perlindungan Allah SWT.

Justeru, bagaimanakah untuk menjaga hubungan yang istimewa antara hamba dengan Tuhannya ini? Jawapannya tak lain tak bukan ialah melalui solat. Solat ialah saat yang paling dekat diantara hamba dengan Tuhannya. Namun, bagaimanakah caranya untuk mendapat khusyuk dalam solat?

Pertama sekali adalah penting untuk menghadirkan perasaan yang Allah SWT sentiasa memerhatikan gerak-geri hambaNya. Hayati kebesaran dan gerun akan kekuasaan Allah SWT. Selain itu, perlu berusaha untuk memahami segala perkara yang dilakukan di dalam solat sama-ada perbuatan @ yang dibaca/diucapkan. Sebagai hamba yang lemah, kita tidak dapat lari daripada kekurangan diri. Justeru, sentiasa menaruh harapan besar kepada Allah mudah-mudahan solat kita akan diterima Allah dan merasa malu terhadap Allah diatas segala kekurangan dan kecacatan yang terdapat di dalam solat.

Sahabat-sahabat Nabi SAW merupakan generasi yang amat khusyuk dalam solat mereka. Jadi, tidak hairanlah di zaman mereka Islam mencapai tahap kegemilangan yang tinggi. Di antara sahabat Nabi yang sentiasa menjaga wuduk dan solatnya ialah Bilal Bin Rabah. Nabi Muhammad SAW pernah berkata kepada Bilal pada waktu Subuh, “Wahai Bilal, cuba ceritakan kepadaku amal apakah yang paling kamu sukai dalam Islam. Ini kerana aku mendengat bunyi terompahmu dihadapanku nanti di syurga”. Bilal menjawab; “Tiada amalan yang paling aku sukai melainkan apabila aku berwuduk siang/malam, aku bersolat dengan wuduk itu seperti yang ditetapkan untukku”.

Semoga kita semua mampu menyingkap nikmat khusyuk dalam solat sepertimana yang dianugerahkan Allah kepada hamba-hambaNya yang beriman, amiin.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s