Teknologi Robot Sophia, petaka @ rahmat?

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Berbual-bual dengan robot yang dapat mengesan emosi manusia dan menghasilkan ekspresi wajah yang pelbagai kini bukan lagi fantasi. Di Hanson Robotik yang bertapak di Hong Kong, satu robot yang seolah-olah seperti manusia bernama Sophia telah dihasilkan.

Sophia dalam bahasa Greeknya bermaksud kebijaksanaan (wisdom). Bila Ida lihat bagaimana robot Sophia itu bercakap dan memberi respons apabila diwawancara memang menakjubkan. Dulu Ida ada menonton filem ‘Artificial Intelligence’ berkenaan robot budak lelaki yang dihasilkan untuk pasangan suami isteri. Sekarang, filem tersebut telah hampir menjadi kenyataan dengan terhasilnya Robot Sophia.

Menariknya tentang Robot Sophia ni, dia boleh mempelajari kemahiran baru dengan sendiri dan menjadi semakin bijak dari sehari ke sehari. Bercakap tentang menjadi bijak dari sehari ke sehari ni lah yang Ida cuak sikit ni. Pernah lihat tak lakonan Will Smith tentang robot yang cuba menakluki dunia? Baru-baru ini pelakon Will Smith sendiri telah berpeluang untuk mewawancara Robot Sophia. Will Smith nampak teruja sangat dengan kehadiran Robot Sophia. Anda nak tahu apa respon Robot Sophia? Robot Sophia bertanyakan Will Smith adakah beliau tidak menyukai robot; memandangkan lakonannya yang ganas terhadap robot. Kita semua tahu itu hanya lakonan. Tapi Robot Sophia melihatnya sebagai sesuatu yang serius.

Pada Ida lah, macam teknologi-teknologi lain seperti komputer, telefon pintar dan sebagainya, ada kesan negatif jika tidak digunakan dengan berhemah. Kita perlu mengawal penggunaan teknologi moden dengan tujuan mendapat manfaat dan tidak berlebih-lebihan. Begitu juga Robot Sophia, tujuan utamanya ialah untuk membantu manusia terutamanya dalam bidang pendidikan, perubatan, dan juga untuk menyumbang kepada pembangunan penyelidikan ‘Artificial Intelligence’. Jangan pula disalahgunakan kewujudan Robot Sophia ni, kerana seperti mana yang kita tahu Robot Sophia ini pandai berinteraksi dengan manusia. Melalui interaksi tersebut, dia dapat tahu apa nilai dan benda yang kita sebagai manusia utamakan. Kalau nilai itu baik, maka baiklah jadinya. Kalau buruk, maka buruklah jadinya.

Oh, jangan lupa, Robot Sophia ini juga berpotensi untuk masuk dalam pasaran kerja. Baru-baru ini Negara Arab Saudi telah memberi hak kewarganegaraan kepada Robot Sophia. So, mereka juga ada potensi untuk menjadi pesaing kepada manusia dalam pasaran kerja. Seperti dalam artikel Ida sebelum ini, ’75 juta kerja bakal pupus’, pembaca cubalah bidang-bidang yang dapat memberi peluang pekerjaan yang luas kepada anak-anak kita di kemudian hari. Apa pun, kepesatan teknologi moden tidak dapat disangkal lagi. Sebagai manusia, kita perlu upgrade diri dari sehari ke sehari.

Ketika Allah Swt mahu menjadikan manusia sebagai khalifah di muka bumi, Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah Ayat 30, “Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, “Aku hendak menjadikan khalifah di muka bumi” Mereka berkata, “Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu? Dia berfirman, “Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui”.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s