Bagaimana buat duit dengan hartanah lelong.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pernah tak anda terfikir bagaimana seseorang itu boleh menjadi jutawan dengan hanya memiliki hartanah? Sebenarnya, cerita seseorang itu menjadi jutawan dengan memiliki hartanah bukan lagi kisah dongeng. Ramai yang sudah berjaya melakukannya, secara senyap mahupun secara terbuka. Nama-nama seperti Dr Azizul Azli Ahmad, Faizul Ridzuan, Ahyat Ishak, Amir Syahir, Shafie Bustan dan lain-lain antara ‘otai’ yang disegani dalam pelaburan hartanah.

Setiap daripada mereka ada teknik yang tersendiri bagaimana menjana duit melalui pelaburan hartanah. Ok, hari ini Ida nak kupas secara ringkas bagaimana Dr Azizul Azli menjana keuntungan melalui pelaburan hartanah. Kalau pembaca nak tahu, beliau bermula dengan platform lelongan. Kediaman yang beliau berjaya miliki pada lelongan kali pertama ialah sebuah flat dengan harga RM16,000. Flat itu disewakan dengan harga RM360 sebulan. Apa yang menariknya ialah, dalam masa 4 tahun, pulangan pelaburannya sebanyak RM16,000 akan ‘balik modal’. Ini bermakna, selepas 4 tahun beliau akan mendapat pendapatan pasif sebanyak RM360 sebulan. Sudah pasti kadar sewa akan semakin meningkat jika permintaan melebihi penawaran dan kawasan tersebut berada di lokasi yang strategik.

Selain itu, Dr Azizul Azli juga membeli kediaman di bawah harga pasaran dan mampu untuk disewakan. Salah satu kebaikan hartanah lelong ialah ianya boleh dimiliki di bawah harga pasaran. Contohnya Dr Azizul Azli pernah berjaya memiliki sebuah apartmen di tengah-tengah Bandar raya Ipoh dengan harga RM56,000. Sedangkan rakannya membeli kediaman di kawasan yang sama dengan harga RM110,000. Untung bukan!

Pesan Dr Azizul, jika ingin melabur dalam hartanah lelong, carilah di kawasan yang berkepadatan penduduknya tinggi. Dalam salah satu ungkapan Dr Azizul, beliau menyatakan carilah titik panas di kawasan anda. Jika anda tinggal di Melaka, carilah titik-titik panas di Melaka untuk membeli hartanah.

Bunyinya senang kan buat duit dengan hartanah lelong. Apa pun, pembaca perlu lebih mendalami lagi ilmu jika berminat dengan hartanah lelong. Hakikatnya kena ada teknik juga kalau nak berjaya dalam pelaburan hartanah lelong. Bukan main terjah je. Yang penting kena ada ilmu, minat dan of course modal.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s