
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ada ke penapis air yang tak halal? Jawapannya ada ye. Baru-baru ini Harian Metro ada mendedahkan sebanyak 120 jenama penapis air di pasaran terutama dari China dan Taiwan diragui status halalnya.
Ida bukan apa, bab halal haram ni bukan boleh dibuat main. Nak, nak, kalau ianya menyentuh isu yang agak sensitif iaitu makanan atau minuman yang menjadi darah daging kita. Pensyarah USIM, Dr Mahyuddin Mohd Salleh bersama teamnya telah membuat kajian dan mendapati ada penapis air menggunakan tulang haiwan yang dijadikan bioseramik bagi membekalkan kalsium pada air. Tulang haiwan ini pula diragui status halalnya.
Beliau berkata kebanyakannya diimport dari luar negara yang tidak mempunyai pengesahan halal. Ianya dijual dengan harga yang lebih murah berbanding jenama terkenal menggunakan bahan semulajadi seperti cengkerang laut, tempurung kelapa dan sisik ikan tilapia.
Nak tahu penapis air mana yang halal, Ida pun tanyalah pakcik google. Antaranya ialah Hijrah Water Filter, penapis air Dr Jabbar, Cuckoo dan Coway. Kalau jenama yang lain tu, kenalah rujuk Bahagian Pengurusan Halal JAKIM.
Ok lah, jom kita check kat rumah ada ke tidak status halal pada penapis air masing-masing. Ingat ye, pastikan halal baru beli.