
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sudah lama Ida nak download aplikasi TnG e-wallet, GrabPay dan Boost dalam telefon pintar Ida ni. Ini kerana banyak insentif yang diberikan oleh syarikat pengendali e-wallet dalam menggalakkan lagi budaya digital.
Jika anda pernah menggunakan GrabPay dan Boost, memang banyak insentif yang diberikan oleh pengendali syarikat berkenaan. Anda dapat kumpul point dan ‘redeem’ dengan barangan atau makanan pilihan hati anda. Anda juga dapat ‘cashback’ jika pembelian mencapai tahap yang ditentukan.
Di sini Ida kongsikan langkah-langkah bagaimana nak download aplikasi TnG e wallet, Boost dan GrabPay dalam telefon pintar anda.
1. TnG e wallet.

Anda boleh dapatkannya melalui App store dan Google Play Store. Daftar akaun sebagai pengguna kali pertama. Setelah daftar, terus klik pada account verification dan tekan pada butang verify account. Pihak TnG e-wallet akan meminta anda mengambil salinan kad pengenalan serta swafoto anda sebagai pengesahan.
2. GrabPay.

Bagi GrabPay pula, pastikan anda muat turun aplikasi Grab pada platform Android/iOS dan daftar akaun sebagai pengguna. Klik pada bahagian payment dan aktifkan GrabPay. Anda diarahkan untuk ambil gambar kad pengenalan dan beberapa maklumat berkaitan.
3. Boost.

Bagi aplikasi Boost, anda boleh dapatkan aplikasi ini di Android/iOS. Naik taraf akaun anda kepada premium wallet dan sahkannya.
Ok, tadi Ida berikan langkah-langkah bagaimana cara untuk download aplikasi TnG, Boost dan GrabPay, sekarang Ida nak nyatakan apa yang best dan menarik bagi setiap aplikasi yang didownload
1.TnG e-wallet
- Dapat menyertai kempen terbaru iaitu Big 2 Million Weekly yang menawarkan hadiah bernilai RM2 juta setiap minggu, termasuklah Proton X70, 80; Yamaha Ego Solariz, 80 telefon pintar Hua Wei p30 dan 400 telefon pintar Vivo V15.
2. GrabPay.
- Menjalankan kempen Siapa Cepat, Banyak Dapat yang direka khas dengan kerjasama beberapa jenama pilihan pengguna.
Oklah, sebenarnya banyak faedah anda akan dapat dengan adanya e-wallet. Selain dapat menjimatkan kos, memantau pembelian anda, anda juga dapat menikmati insentif yang ditawarkan pihak pengendali e-wallet ni.