7 langkah untuk menjual hartanah anda tanpa menggunakan khidmat perunding hartanah.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pernahkah anda terfikir untuk menjual sendiri hartanah anda? Sebenarnya, proses untuk menjual hartanah tidaklah serumit mana. Walaupun anda bukan perunding hartanah, adalah mungkin untuk menjual sendiri hartanah jika anda tahu cara-caranya. Di sini Ida senaraikan 7 langkah untuk menjual sendiri hartanah anda.

1.Iklankan rumah anda.

Ini step yang wajib anda lakukan kalau nak jual rumah. Anda boleh iklankan dalam mudah.my, propertyguru atau laman-laman web yang seumpama dengannya. Apa pun, pastikan nilai rumah yang nak dijual tidak kurang daripada harga pasaran.

2. Bila dah ada yang berminat, tetapkan masa untuk ‘view’ hartanah tersebut.

Dalam ramai-ramai yang ‘view’ hartanah tersebut, insya-Allah, tentu ada yang betul-betul berminat untuk beli hartanah anda. Masa tu diaorang akan minta untuk kurangkan lagi harga rumah yang ditawarkan. Gunakanlah skill negotiation anda untuk kurangkan sikit harga supaya mereka rasa adalah berbaloi untuk beli rumah anda.

3. Minta pembeli letak booking tanda jadi beli rumah anda.

Anda draft satu surat,bukti penerimaan booking tersebut. Anda dan pembeli tandatangani surat tersebut dan berikan satu salinan untuk pembeli. Berikan juga satu salinan Perjanjian Jual dan Beli (S & P agreement) kepadanya.

4. Pembeli walk-in ke bank untuk mohon pinjaman dengan membawa salinan booking dan S & P.

5. Setelah bank luluskan permohonan pinjaman, pembeli akan menggunakan khidmat guaman yang disediakan oleh pihak bank bagi urusan penyediaan Perjanjian Jual Beli dan Perjanjian Pinjaman.

6. Setelah selesai semuanya, anda dan pembeli akan menandatangani Perjanjian Jual Beli.

7. Hooray! Rumah anda terjual, anda pun dapat duit. Apa lagi, sujud syukur pada Allah SWT.

So, kira2nya ada 7 step yang anda perlu lalui untuk jual rumah anda dengan jayanya. Jika buat sendiri, bolehlah anda tambah ilmu dan pengalaman. Mana tahu, next step jadi perunding hartanah pula. Ok lah, semoga misi anda berjaya, amiin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s