
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari minggu adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh kami sekeluarga. Waktu inilah kami nak rehatkan minda dan jalan-jalan sambil mengeratkan hubungan silaturrahim sesama kami. Sekarang ini, dunia sedang berdepan dengan penyakit wabak koronovirus. Justeru itu, kita perlu lebih berhati-hati apabila berada dikhalayak ramai. Perlu memakai mask. Walaupun tiada arahan daripada kerajaan untuk memakai mask, namun adalah lebih afdal untuk melaksanakan langkah berjaga-jaga.
Ida bawa anak-anak jalan di Setia City Mall, Shah Alam. Tekak hari ini terasa nak makan makanan laut. So, kami pun masuk ke ‘The Manhattan Fish Market’. Agak lama juga kami tak makan seafood platter di sini.

Masa Ida beli dulu, musselnya diletakkan bersekali dengan nasi. Tapi sekarang, musselnya diletakkan dalam mangkuk berasingan dan kuahnya agak banyak. So, rasanya lebih puas hati. Anak-anak Ida berselera sekali makan bread yang dicicah dengan sos. Tak sempat Ida makan, bread tu dah habis. Di kawasan ‘Tartar Station”, anda boleh pilih sos yang pelbagai jenis; curry tartar, lime tartar, Bbq tartar dan Black pepper tartar. Boleh pilih ikut citarasa anda. Jangan campur semua udah lah, nanti lain pula jadinya😆

Lagi satu yang best di sini ialah anda boleh charge handphone secara percuma.

Dah kenyang, tiba masa untuk window-shopping😋. Masa window-shopping, Ida ternampak ada sale di kedai ‘Typo”. Kalau anda nak tahu, “Typo” ni menjual barangan alat-tulis, tupperware dan souvenier-souvenier kecil yang branded. Ada juga barang yang ala-ala vintage. Memang kedai “Typo” ni ada followernya yang tersendiri.

Antara barang-barang yang disale di “Typo”;





Di Setia City Mall juga ada kedai yang menarik untuk dikunjungi kerana terdapat barang keperluan diri dan rumah yang praktikal. Dan yang paling best, harganya pun berpatutan. Mana lagi kalau bukan kedai Daiso Japan.

Di sini Ida sempat snap beberapa gambar peralatan rumah dan dapur yang bagi Ida amat kreatif dan memudahkan urusan kita sehari-hari.

Beg ini akan menjadikan perjalanan anda lebih menyenangkan sebab dapat sumbat banyak pakaian dalam satu beg.

Memudahkan anda menyimpan pinggan-mangkuk atau barangan yang mudah pecah. Dengan adanya Bubble wrap juga akan dapat memelihara pinggan-mangkuk anda daripada pecah ketika berpindah rumah.

Dapat menjadikan lantai rumah anda yang kosong kepada corak kayu yang menarik. Ini juga dapat memelihara kaki anda daripada rasa sejuk kerana kebiasaannya lantai rumah diperbuat daripada simen.


Kalau anda mempunyai hobi membuat barangan seperti dompet, beg dan sebagainya daripada felt, maka di sini terdapat pelbagai pilihan warna dengan harga yang berpatutan.
Yang ini Ida suka, sebab kadang-kadang masa kita nak buat telur separuh masak, telur rebus pula jadinya. So, kalau ada egg timer ni, kerja anda di dapur menjadi lebih mudah.


Dapat melindungi dinding di kawasan dapur memasak daripada kesan minyak.

Anda dapat menyimpan lebihan makanan seperti kerepek, roti, kekacang dan sebagainya dengan hanya clip dibahagian hujung plastik makanan.


Apa yang Ida suka, kebanyakan barang dapat dibeli dengan harga yang berpatutan, iaitu RM5.90 sahaja.

Alhamdulillah, seronok juga dapat makan dan window-shopping di Setia City Mall, Shah Alam. Crowd tak berapa ramai mungkin sebab orang berhati-hati untuk tidak terlalu expose musim wabak ni. Apa pun, nak jalan-jalan boleh, cuma kenalah ambil langkah berjaga-jaga dengan memakai mask.