
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Menjadi rutin harian Ida sekarang untuk membelek suratkhabar bagi mengetahui berita terkini dunia. Maklumlah sekarang ini, kita asyik disogokkan dengan berita-berita yang mendebarkan. Berita terkini yang mencemaskan hampur seluruh dunia ialah tersebarnya wabak koronovirus yang meragut banyak nyawa, namun vaksinnya masih belum dapat dihasilkan lagi. Apa pun, sama-samalah kita berdoa agar para saintis berjaya menemui formula terbaik untuk mengatasi wabak koronovirus tersebut.
Macam biasa, waktu belek-belek paper tadi, ada satu berita yang menggamit perhatian Ida. Kalau pembaca nak tahu, Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat akan memberi peluang kepada agensi selain daripada kerajaan untuk membuat permohonan bagi membuka TASKA di tempat kerja. Menarik bukan!
Kalau dulu, hanya agensi dan jabatan kerajaan saja boleh membuat permohonan TASKA di tempat kerja. Kini, agensi swasta juga mampu menikmati TASKA di tempat kerja. Sebenarnya, permohonan membuka TASKA di tempat kerja baru dibuka pada Disember 2019, dan sehingga kini 36 permohonan diterima.
Budget sebanyak RM30 juta yang diperuntukkan untuk bina TASKA di tempat kerja ni memang banyak wei! Rugi kalau majikan di tempat korang tak mohon. Untuk mohonpun bukannya susah. Majikan korang boleh mohon melalui Kementerian masing-masing untuk diselaraskan sebelum dikemukakan ke JKM atau KPWKM.
Banyak kelebihannya kalau ada TASKA di tempat kerja ni. Selain dapat meningkatkan produktiviti, masalah sosial seperti berlakunya penderaan kepada kanak-kanak dapat dikurangkan. Maklumlah, TASKA di tempat kerja kot. Banyak mata yang melihatkan. So, of course pekerja TASKA akan cuba buat yang terbaik. Apa pun, Ida harap peruntukan RM30 juta dapat dihabiskan dalam masa yang ditetapkan demi kebajikan ibu-ibu yang bekerja di Malaysia.