
Assalamualaikum dan salam sejahtera. COVID-19 merupakan penyakit yang boleh berjangkit melalui sentuhan dengan individu yang positif COVID-19. Persoalannya di sini, bagaimana pula dengan wang kertas yang kita guna sehari-hari. Adakah wang kertas yang kita gunakan ini selamat daripada COVID-19?
PBB ada melaporkan bahawa virus COVID-19 ini mampu hidup di atas wang kertas selama beberapa hari. Di sini Ida terbaca satu artikel cara-cara bagaimana untuk mengurangkan risiko penularan virus COVID-19 melalui wang kertas. Membasuh tangan selepas memegang wang kertas merupakan salah satu cara. Namun, di premis perniagaan di mana pertukaran wang kertas berlaku secara berterusan, cadangan ini adalah tidak praktikal.
Justeru itu, alternatif yang ada ialah dengan menggunakan teknologi yang membolehkan pembayaran tanpa tunai, secara atas talian atau internet.
Bagi pembelian barang keperluan harian, pembaca boleh menggunakan e-dompet bagi mengelakkan penularan virus COVID-19 melalui wang kertas.
So, bagi mereka yang belum lagi mempunyai e-dompet, bolehlah mempertimbangkan untuk menggunakan aplikasi ini. Apatah lagi kita lihat peningkatan kes mereka yang dijangkiti virus yang tiada vaksinnya lagi ini. Apa pun, yang paling penting, amalkan penjagaan kesihatan dan kebersihan diri serta sentiasa berdoa kepada Allah SWT agar kita dan keluarga dijauhkan diri daripada terkena wabak penyakit ini.