Bagaimana untuk menjadikan minda anda lebih aktif dan bertenaga.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Adakah anda pernah merasakan sukar untuk mencari idea-idea yang kreatif dan bernas ? Atau, pernahkah anda merasakan yang rutin seharian menyebabkan anda menjadi semakin buntu dan hilang fokus? Jika anda pernah mengalami tanda-tanda di atas, berkemungkinan besar anda sedang mengalami sindrom jemu atau ‘boring’. Perasaan ini jika tidak dirawat dan diatasi, akan menyebabkan anda cenderung rasa tertekan, melakukan penyalahgunaan bahan atau kerisauan.

Di sini Ida berikan tips bagaimana untuk menjadikan minda anda lebih aktif dan bertenaga.

Sewaktu bekerja.

Berada dalam persekitaran yang sama untuk jangka masa yang panjang akan menghalang anda daripada mencapai ‘flow’. ‘Flow’ dapat dicapai apabila anda melibatkan diri di dalam aktiviti yang bertenaga dan menarik. Bagi mendapat perubahan dalam persekitaran kerja anda, sesuatu perubahan itu tidaklah perlu terlalu besar. Sebagai contoh, anda boleh membeli bunga dan diletakkan di atas meja kerja. Anda juga boleh merubah persekitaran tempat anda bekerja dari rumah ke perpustakaan atau ke kedai kopi kegemaran anda untuk beberapa hari dalam seminggu.

Bersama teman atau pasangan.

Perasaan jemu merupakan keadaan di mana pasangan berhenti untuk maju ke hadapan dalam perhubungan mereka. Mereka juga tidak mengambil inisiatif untuk mendalami hati-budi masing-masing. Bagi mengatasi perasaan jemu ini, anda boleh mencari cabaran yang boleh diambil bersama-sama, contohnya dengan cara mendaki bukit atau pun melancong ke tempat yang menarik.

Sewaktu makan.

Cuba nikmati hidangan anda dengan cara berbeza contohnya menggunakan chopstick semasa mengambil popcorn. Hal ini boleh mencetuskan rasa keterujaan anda kerana dapat menikmati hidangan dengan cara yang baru.

Semasa dalam perjalanan ke tempat kerja.

Sewaktu memandu, ambil jalan yang berbeza atau mendengar podcast yang baru. Selain itu, apabila berada di tempat awam, cuba lihat orang yang lalu-lalang dengan bersungguh-sungguh; contohnya cara mereka berjalan atau pun berinteraksi di antara satu sama lain. Mungkin dari situ, anda akan mendapat cetusan idea yang tidak disangka-sangka.

Ida harap perkongsian yang sedikit ini dapat memberi idea kepada pembaca bagaimana untuk mengaktifkan kembali minda anda supaya menjadi semakin cerdas dan bertenaga.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s