
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kalau anda kaki shopping, sudah pasti anda sudah biasa mendengar nama GM Klang. GM Klang merupakan pusat pemborong yang terkenal di Klang.
Sejak PKP, Ida dan anak-anak sudah agak lama tak ke GM Klang. So, Sabtu baru-baru ini, kami ke sana untuk melihat pakaian dan tudung yang boleh dibeli. Maklum sajalah, tak lama lagi sekolah akan dibuka. Pakaian anak-anak sudah agak sendat. Ibunya pula teringin nak beli baju baru untuk ke tempat kerja.
GM Klang merupakan pilihan kami sekeluarga apabila nak shopping barang-barang keperluan seperti pakaian dan barangan rumah dengan harga berbaloi. Selain tempatnya yang selesa dan berhawa-dingin, kami juga suka dengan variasi pelbagai barangan yang ada di situ. Banyak pilìhan. Tepuk dada, tanya selera. Tepuk dada, tanya juga poket. 😁
Dalam pukul 1 tengah-hari, kami sampai ke GM Klang. Walaupun Malaysia masih lagi dalam PKP pemulihan, namun sudah ramai yang keluar untuk shopping.

Jom ida share beberapa gambar kedai-kedai yang ada di GM Klang.






Di sini juga terdapat ruang pameran barang-barang permainan dan produk bayi yang bermutu tinggi. Anda cuma perlu buat pendaftaran di kaunter pendaftaran, dan seterusnya dapat membuat pilihan di ruang pameran di dalamnya. Selesa bukan.


Setelah penat jalan-jalan cari barang yang nak dibeli, kami pun relaks sekejap di tempat duduk khusus untuk pelanggan bergambar sambil duduk santai-santai yang ada di tingkat 6, GM Klang.



Di sini juga pengunjung boleh menikmati pelbagai jenis hidangan yang ada di medan selera di tingkat 6.

Sebelum melangkah keluar dari bangunan GM Klang, sempat juga Ida snap gambar informasi berkenaan salah satu tempat menarik di Klang, iaitu, Pulau Ketam. Pulau Ketam merupakan destinasi perkampungan nelayan. So, kalau pembaca nak rasai bagaimana suasana di kampung nelayan, bolehlah berkunjung ke Pulau Ketam.
