Review Buku- ‘Screw Work, Let’s Play’. Nikmati detik-detik magis anda dalam ‘flow’. Buat apa kita suka, dapat banyak duit.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini ida nak berkongsi dengan pembaca sebuah buku yang ida rasa amat menarik dan bertepatan dengan suasana yang kita lalui sekarang; iaitu ‘Screw Work, Let’s Play’.

Sekarang ini kita lihat ramai yang terpaksa diberhentikan kerja akibat pandemik covid 19 yang melanda dunia ketika ini. Mereka terpaksa bekerja sendiri sama ada membuka bisnes menjual makanan atau pun sebagainya. Selain itu, terdapat ramai juga graduan-graduan yang baru keluar dari universiti yang masih lagi tidak mendapat pekerjaan. Berita baiknya ialah dalam dekad ini, kemajuan teknologi telah membolehkan kita bekerja mengikut kecenderungan atau minat masing-masing. Penulis di sini telah mengajak kita untuk melihat revolusi ‘play’. ‘Player’ di sini berjaya membuat duit dengan apa yang disukainya dengan memasuki saat ‘flow’. So, untuk itu apa kata hari ini kita bukakan minda kita dengan konsep ‘flow’.

Konsep ‘flow’ ialah keadaan di mana seseorang itu begitu asyik melakukan kerja yang diminatinya, sehinggakan dia tidak sedar masa berlalu. Apabila anda berada dalam saat ‘flow’, kerja bukan lagi sesuatu yang membebankan, tetapi sebaliknya sesuatu yang memberi keseronokan.

Ida mengambil contoh yang mudah; katakan anda minat melukis dan pandai dalam melukis. Lukisan yang anda hasilkan itu cantik dan menggembirakan hati orang yang melihatnya. Sebenarnya sewaktu anda melukis, anda telah memasuki detik ‘flow’.

Buku ini juga sarat dengan tips bagaimana untuk melaksanakan projek ‘play’ kita. Antara ‘player’ yang boleh menjadi inspirasi ialah Leslie Scott iaitu pencipta permainan ‘Jenga’. Beliau pada mulanya meminjam kepingan kayu anak abangnya dan mencipta satu permainan daripadanya. Dia membina satu menara kayu dan mencabar kawan-kawannya bagi mencabut kepingan kayu tanpa meruntuhkan menara. Sekarang ini permainan Jenga adalah permainan kedua paling laku di dunia, berada hanya di belakang Monopoly.

Oleh itu, carilah perkara yang benar-benar anda suka yang dapat memberi manfaat dan teruskan melakukannya. Mana tahu, anda boleh menjana pendapatan yang lumayan dengan melakukan apa yang benar-benar anda suka.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s