
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Aktiviti apa yang anda nak buat sewaktu PKPB ni di rumah? Ida pun kadang-kadang terfikir nak buat apa ye dengan anak-anak di rumah. Orang kata, jauh berjalan, luas pandangan, banyak membaca, bertambahlah ilmu kan. So, baru-baru ini, ida pun singgahlah ke MPH Setia City Mall. Hasrat di hati, nak belilah beberapa buah buku sebagai bahan bacaan untuk diri sendiri dan anak-anak sewaktu berada di rumah.
Setelah agak setengah jam survey buku, dapatlah ida beli beberapa buah buku sebagai bahan bacaan bersama anak-anak di rumah.


Jom kita tengok buku dan majalah apa yang ida beli.

Buku ini Ida beli sebab tertarik dengan ungkapan yang ada pada kulit muka depan buku ini. “Ujian kadang melemahkan. Tapi ujian jugalah yang membentuk kekuatan. Percaya , apa yang menyakiti kita hari ini itulah yang akan menjadi kekuatan kita suatu hari nanti”.

Buku ini menjadi inspirasi dan juga tips kepada Ida bagi menghias kediaman agar menjadi tempat yang bukan sahaja menenangkan tetapi juga dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Waktu PKPB ini lah saat yang terbaik untuk memberi sentuhan kreatif pada kediaman masing-masing kan.

Buku ini Ida beli untuk dihadiahkan kepada anak-anak Ida yang sedang membesar; Nur Aisyah dan Nur Ashiqin. Sebenarnya, sewaktu remaja, Ida dah baca buku ni. Jalan cerita dan gaya bahasa yang digunakan sangat sesuai untuk kanak-kanak dan remaja. Ianya mengisahkan seorang kanak-kanak perempuan bernama Anne yang tinggal bersama dengan keluarga angkatnya di Green Gables. Semangat Anne yang luar biasa boleh memberi inspirasi kepada sesiapa sahaja untuk sentiasa berjuang bagi mencapai kejayaan dalam hidup.

Minat Ida dalam pelaburan hartanah mendorong ida beli majalah ini. Edisi pada bulan ini ialah berkaitan dengan ‘prediction’ prospek pelaburan hartanah di Malaysia dan Asia pada waktu pandemik covid melanda dunia tika ini, dan juga post pandemik.

Edisi Rasa bulan ini sangat menarik tau. Ianya berkenaan idea bisnes makanan yang boleh diceburi especially bagi mereka yang ingin menjana pendapatan tambahan dalam bisnes makanan.

Oh, ye, dengan pembelian buku di MPH ini juga anda akan mendapat baucer RM5, RM10 dan RM15.
So, apa lagi, jomlah ke MPH Setia City Mall pada waktu PKPB ni. Banyak bahan bacaan menarik yang menanti anda di sana.