Sedapnya Sotong 3 Rasa, menambat selera anak-anak.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semalam semasa ke pasar raya untuk membeli barang dapur, Ida ada beli sotong yang agak besar dan ‘fresh’. Sotong sekarang ni agak mahal ye. Apa pun, sebab teringin sangat nak makan sotong, pejam mata je lah masa nak beli.

So, hari ini Ida nak kongsi resepi yang menjadi favourite anak-anak Ida; ‘Sotong 3 Rasa’. Bahan-bahan untuk menyediakan resepi ni pun simple sangat.

Ha, itu je lah bahan-bahannya, termasuk lah sotong yang menjadi star dalam masakan Ida hari ini.

I

Yang ni yang dah siap dipotong.🙂

Ok, jom kita tengok bahan-bahan yang diperlukan untuk buat sotong 3 rasa ni.

  1. 6 – 8 ekor sotong~ dipotong bulat
  2. 1 batang serai~ dititik
  3. 2 ulas bawang putih~ dititik
  4. 2 – 3 biji cili padi~ dipotong halus
  5. 1/2 biji bawang besar~ dipotong dadu
  6. 1 sudu besar sos ikan
  7. 2 sudu besar sos tiram
  8. 1 sudu besar cuka
  9. 1 sudu kecil pati ikan bilis
  10. 2 sudu besar gula
  11. 1 helai daun limau purut.
  12. Sedikit minyak untuk menumis
  13. Sedikit air

Ok, jom kita lihat pula cara-cara nak masak.

~ Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang besar, cili padi, daun limau purut, bawang putih dan serai sehingga wangi.

~ Kemudian, masukkan sos tiram, cuka dan sos ikan. Kacau selama 2 minit.

~ Masukkan pula sotong, serbuk pati ikan bilis, gula dan sedikit air. Kacau sehingga sotong masak.

~ Sedia untuk dihidangkan.

Resepi ini memang mudah untuk disediakan. Rasanya juga sedap. Recommended sangat untuk ibu-ibu yang sentiasa mengejar waktu untuk menguruskan rumahtangga. Selamat mencuba.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s