Resepi Spaghetti Carbonara Cendawan yang sedap dan berkhasiat.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini, Ida nak masak resepi yang disukai anak-anak Ida. Asal ada spaghetti je, memang mereka suka. Nak masak spaghetti ni tak lah susah. Untuk resepi ini, Ida rujuk youtube che nom.

Bahan-bahannya ialah:

  • 500 gram spaghetti
  • Sos prego cendawan carbonara
  • Cendawan butang (7 – 8 biji)
  • Lada benggala (merah dan hijau)
  • Sedikit udang
  • 1/2 biji bawang holland
  • 3 ulas bawang putih
  • Sedikit serbuk parsley
  • Sedikit Italian herbs
  • Sedikit susu full cream
  • 1 keping keju cheddar
Bawang holland dan bawang putih dicincang halus. Spaghetti direbus dahulu dalam air panas yg dicampur dengan garam (3 sudu besar).

Cara-caranya ialah:

  1. Tumis bawang holland dalam sedikit minyak zaitun. Setelah agak kekuningan, masukkan 3 ulas bawang putih. Goreng seketika hingga berbau wangi.
  2. Masukkan lada benggala. Jangan masak terlalu lama; nanti layu pula lada benggala. Spaghetti akan rasa lebih sedap jika lada benggala masih rangup ketika dimakan.
  3. Masukkan udang. Masak seketika. Kemudian, masukkan sedikit serbuk lada hitam dan serbuk parley. Masukkan cendawan.
  4. Masukkan sos carbonara cendawan. Masukkan full cream sediki untuk mengelakkan sos carbonara terlalu pekat.
  5. Masukkan 1 keping cheddar untuk menjadikan rasa sos carbonara lebih lemak dan berkrim.
  6. Taburkan daun parsley segar di atas sos carbonara.
  7. Sos carbonara cendawan sedia dihidangkan bersama spaghetti yang telah direbus

Khasiat penggunaan cendawan dalam resepi.

  • Cendawan dapat meningkatkan sistem kekebalan badan dan melindungi tubuh daripada pencerobohan asing seperti virus. Tumbuhan ini dipercayai membantu meningkatkan aktiviti sel yang bertanggungjawab untuk mempertahankan tubuh kita terhadap pencerobohan asing.
  • Cendawan salah satu sumber vitamin D. Vitamin D penting dalam meningkatkan mood dan membantu dalam membina dan mengekalkan tulang yang sihat.
  • Vitamin D dalam cendawan memainkan peranan yang penting dalam memudahkan penyerapan vitamin dan mineral lain.

Selamat mencuba!

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s