
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terdapat pelbagai jenis prepaid yang berada di pasaran. Namun, tidak semua prepaid yang ada sesuai dan dapat memberi manfaat sepenuhnya kepada kita. Sebelum ini, Ida ada menggunakan satu pelan post-paid. Tapi oleh kerana masalah teknikal yang berlaku menyebabkan Ida merancang untuk bertukar semula kepada pelan prepaid.
Di sini Ida senaraikan jenis-jenis pelan prepaid berserta dengan kelebihannya.
Jika anda hanya mahukan data.
- Celcom Internet Pass
- Harga ➡️ RM30
- Data ➡️ 5 GB/30 hari
- Kelebihannya ➡️ Youtube tanpa had secara percuma dari pukul 11 malam hingga 7 pagi.
2. Hotlink 356 internet
- Harga ➡️ RM25
- Data ➡️ 10 GB/60 hari
- Kelebihannya ➡️ Internet berkelajuan tinggi untuk 365 hari.
3. Digi Next 35
- Harga ➡️ RM35
- Data ➡️ 30 GB/30 hari
- Kelebihannya ➡️ Panggilan tanpa had ke semua rangkaian.
4. U Mobile UMI 30
- Harga ➡️ RM30
- Data ➡️ 7.5 GB/30 hari
- Kelebihannya ➡️ Panggilan percuma ke U Mobile.
Jika anda jenis yang suka bersosial.
Bagi mereka yang kerap membuka aplikasi Facebook, Instagram, Whatsapp, maka list di bawah ini adalah pelan yang terbaik untuk anda.
- U Mobile Giler Talk Prepaid.
- Harga ➡️ RM25
- Data ➡️ 1 GB/30 hari
- Kelebihannya ➡️ Data tanpa had untuk 10 aplikasi termasuk PUBG.
2. Digi Raja Combo 30
- Harga ➡️ RM30
- Data ➡️ 6 GB/30 hari
- Kelebihannya ➡️ Data tanpa had untuk Facebook, IG, TikTok dan lain-lain.
3. Hotlink Prepaid Unlimited
- Harga ➡️ RM35
- Data ➡️ 3 MBPS/30 hari
- Kelebihannya ➡️ Panggilan tanpa had ke semua rangkaian.
Jika anda suka menonton video.
Video sememangnya memakan banyak data. Oleh itu, apa kata anda dapatkan data tanpa had bagi menonton video.
- DIGI Raja Kombo
- Harga ➡️ RM15
- Data ➡️ 0.5 GB/30 hari
- Kelebihannya ➡️ Data tanpa had setiap hari untuk Youtube.
2. Tune Talk
- Harga ➡️ RM28
- Data ➡️ 16 GB/30 hari
- Kelebihannya ➡️ Panggilan, messaging tanpa had ke Tune Talk dan 500 MB/sehari untuk video.
3. U Mobile Epikkk Video 3
- Harga ➡️ RM3
- Data ➡️ 3 GB/3 hari
- Kelebihannya ➡️ 3 GB untuk Youtube dan Tik Tok.
Anda mahukan data yang boleh bertahan lama.
Bagi anda yang tidak menggunakan data yang yang banyak setiap hari, tetapi mahukan ianya bertahan lama, mungkin anda boleh mempertimbangkan pelan prepaid seperti di dalam senarai di bawah.
- Hotlink
- Harga ➡️ RM25
- Data ➡️ 10 GB/365 hari
- Kelebihannya ➡️ Sim yang baru dengan RM2 kredit.
2. Tune Talk
- Harga ➡️ RM200
- Data ➡️ 130 GB/365 hari
- Kelebihannya ➡️ Panggilan tanpa had ke Tune Talk.
3. Digi NEXT 15
- Harga ➡️ RM15
- Data ➡️ 3 GB/30 hari
- Kelebihannya ➡️ Twitter, FB dan IG tanpa had.
Jika anda tidak kisah mempunyai sim kad yang baru, maka Hotlink adalah pilihan yang hebat untuk harga sekadar RM25.
Berdasarkan senarai di atas, Ida rasa pelan yang sesuai untuk kegunaan ida ialah Digi NEXT 35. Ida memerlukan penggunaan data yang minimum apabila berada di luar rumah dan panggilan tanpa had ke semua rangkaian. Alhamdulillah, di rumah Ida sudah mempunyai pelan Unifi Home. So, penggunaan data dan menonton tv dan video sudah dapat dilakukan di dalam rumah.
Buat pembaca yang masih keliru pelan prepaid yang manakah terbaik untuk mereka, jawapannya adalah terletak kepada kegunaan dan kecenderungan masing-masing. Sebagai peringatan, apabila memilih pelan anda, jangan lupa tentang liputan (coverage), kelajuan data (data speeds) dan juga khidmat pelanggan diaorang. Kita tidak mahu pelan yang dibeli rupa-rupanya tidak mempunyai ‘coverage’ di kawasan masing-masing. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.