Jalan-jalan cari makan di Ecoworld Grandeur Lab, Puncak Alam.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sudah agak lama Ida tidak pergi ke Ecoworld Grandeur Lab, Puncak Alam. Bersempena dengan cuti sekolah baru-baru ini, Ida dan anak-anak berkesempatan untuk meluangkan masa di sana. Menepati jangkaan Ida, sudah banyak kedai-kedai yang baru dibuka. Di antara kedai yang dinanti-nantikan pembukaannya ialah Jaya Grocer.

Jaya Grocer

Jaya Grocer merupakan mall yang mempunyai variasi bahan-bahan keperluan makanan tempatan dan luar negara. Foreigner amat sukakan mall ini kerana mereka dapat membeli barang-barang makanan/keperluan harian seperti di negara sendiri.

Ida pun suka juga kerana di sini Ida dapat membeli ‘cereal box’ yang sukar didapati di mall yang lain. Contohnya ‘amazin’ graze’ ini.

amazin’ graze

Amazin’ graze sangat sedap dimakan bersama-sama dengan susu. Jika anda peminat tegar kopi, anda pasti tidak kecewa dengan kepelbagaian seleksi kopi di sini. Rambang mata dibuatnya. Last-last, Ida pilih kopi Umbai. Memang tidak mengecewakan. Rasanya sedap dengan aroma yang memikat hati.

Kopi Umbai

Kedai berikutnya yang Ida nak kongsi di sini ialah Andra by Gula Cakery. Kafe di sini menjadi tumpuan ramai kerana kesedapan rasa kek dan dessertnya, selain mempunyai aneka makanan tempatan dan western.

Andra by Gula Cakery

Di antara aneka kek dan pastry yang ada di sini.

Ruang di dalam kafe tidaklah begitu luas, namun pemiliknya telah mengambil langkah yan bijak dengan menggantungkan lampu yang amat unik, menjadikan ruang dalaman kafe lebih ekslusif.

Dekorasi lampu yang unik

Hidangan yang Ida pesan ialah Sweedish Meatballs dan Ice Matcha Latte.

Ok lah, jom kita lihat apa lagi aktiviti-aktiviti menarik yang boleh dibuat di sini.

Menaiki buggy untuk melihat showhouse dan kawasan sekitar
Anak-anak seronok menaiki kereta permainan
Bermain di taman permainan

Di Ecoworld Grandeur Lab juga terdapat banyak kafe-kafe yang menarik untuk anda santai-santai bersama keluarga dan rakan-rakan.

Ink Library Cafe
Me Time Cafe
Petals2u Cafe
Seteshen @ 118
Puros Laundry & Cafe
Restoren Cik Tri Sahara Kambing Bakar
Kedai Aiskrim Sangkaya

Selain itu, jangan lupa untuk masuk contest yang dianjurkan oleh Ecoworld Grandeur Lab. Dengan setiap pembelian minimum RM50 di mana-mana outlet Grandeur Lab, anda berpeluang untuk menang lebih daripada 100 hadiah, termasuklah barangan elektrik dan voucher tunai.

Advertisement

Laman web Pandai, alternatif untuk pembelajaran secara online.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pendidikan merupakan salah satu aspek yang penting untuk kelangsungan sesuatu bangsa. Majunya sesuatu bangsa adalah kerana tingginya tahap penguasaan ilmu pengetahuan mereka. Namun, dek kerana pandemik koronovirus yang melanda dunia tika ini, ramai murid-murid telah terjejas dalam aspek pembelajaran masing-masing. Sekolah-sekolah ditutup, dan murid-murid terpaksa melakukan sesi pembelajaran di rumah masing-masing.

Alhamdulillah, dengan adanya aplikasi Pandai, anak-anak boleh meneruskan sesi pembelajaran secara online dirumah masing-masing.

Dengan membayar yuran bulanan daripada RM9 ke RM39, pengguna mendapat akses kepada kuiz secara harian, ujian topikal dan peperiksaan penggal.

Bayaran sebanyak RM9 sebulan
Bayaran sebanyak RM39 sebulan

Murid-murid juga dapat melihat keputusan ujian masing-masing dan juga huraian/jawapan kepada setiap soalan. Sebaģai contoh, dalam soalan Matematik, jika tersilap walau satu langkah pun, jawapannya akan tetap salah. So, dengan adanya panduan langkah demi langkah yang disediakan oleh Pandai, maka seseorang murid itu akan dapat menguasai matapelajaran Matematik dalam masa yang singkat.

Pada bulan September baru-baru ini, Pandai telah melancarkan ujian UPSR dan PT3 dalam talian secara percuma. Murid-murid yang telah menduduki ujian ini mendapat sijil digital, transkrip dan analisis secara terperinci tentang pencapaian masing-masing.

Jika anda berminat untuk mendaftar aplikasi Pandai, anda hanya perlu download aplikasi ini di Google app store, dan masukkan email dan kata laluan yang akan diberikan oleh team Pandai.

Selamat belajar dan meneroka alternatif-alternatif lain dalam meneruskan sesi pembelajaran untuk anak-anak anda walau dalam suasana pandemik covid sekarang.

Ada apa di KIP Mall, Sungai Buloh.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tahukah anda, di KIP Mall, Sungai Buloh, terdapat restoren milik selebriti pelakon Malaysia yang terkenal iaitu Dato’ Rosyam Nor.

Apa ye, Ida nak katakan tentang Restoren Dato’ Rosyam Nor ini. Oh, ye! Ianya merupakan gabungan makanan fusion dan western berserta dengan dekorasi dalaman restoren yang ‘worthy-instagram’. Jom, kita intai dekorasi dalaman Restoren Bapakstyle, hasil buah tangan Dato’ Rosyam Nor.

Yang menariknya, terdapat lampu-lampu mentol berwarna keemasan di gantungkan di sekeliling kaunter pesanan makanan dan kaunter pembayaran, menyerlahkan lagi aura ‘versatile’ pemiliknya.

Berhampiran kaunter pesanan makanan juga terdapat variasi kek dan biskut yang menggamit selera ida untuk membelinya.

Variasi kek dan biskut

Selain itu, bagi mereka yang mahu menikmati hidangan sambil menghirup udara segar di luar, bolehlah menikmatinya di luar restoren, kerana terdapat meja dan kerusi yang disediakan di situ.

Deretan meja dan kerusi disediakan di luar Restoren Bapakstyle

Hidangan makan tengah hari yang Ida pesan untuk hari ini; ‘Po Boo’ Tulang Rusuk Patt That Noodle’, Marinated BBQ Chicken Wing, Tuscany Wild Mushroom Cream Soup dan Matcha ice-blended green tea.

Hidangan makanan tengah hari yang ida pesan

Ida syorkan anda cuba Tuscany Wild Mushroom Cream Soup, kerana rasanya lebih special berbanding dengan mushroom soup di tempat lain. Bayangkan, sambil hirup mushroom soup tu, anda boleh juga makan roti bersekali dengan soup sebab bekas mushroom soup tu dibuat daripada roti.

Tuscany Wild Mushroom Cream Soup
Best tau makan kat sini

Di antara daya tarikan menarik di KIP Mall, Sungai Buloh;

Buaian dan tangga gantung
Tempat memanjat pun ada
Catur gergasi
Kerusi berpusing

Kedai-kedai yang ada di KIP Mall, Sungai Buloh ini juga tidak kurang menariknya.

Kedai baju dan alat permainan tatsumaki
T-shirt menarik dengan harga yang amat murah
Jaket dan baju berjenama dengan harga yang menawan hati
Restoren Mee Hiris China Muslim
PappaGrill
Kedai M & B yang menawarkan dress dan pakaian wanita dengan harga mampu milik
Pelbagai jenis soft toys dan teddy bear saiz XL
Set alatan kutleri dengan harga cuma RM30
Botol air minuman dan bekas untuk mengisi makanan atau snek dengan diskaun yang menarik
Boleh dijadikan gift untuk anak-anak/kenalan
Variasi teko yang comel
Econsave

Ok lah, kalau anda nak tahu kedai apa lagi yang ada di sini, jom lah ke KIP Mall, Sungai Buloh. Terdapat banyak barangan menarik yang ditawarkan dengan harga yang amat berbaloi. KIP Mall ni baru sahaja dibuka pertengahan November tahun 2020.

KIP Mall, Sungai Buloh

Dari Puncak Alam ke Kuala Selangor.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bermain-main di taman bersama anak-anak adalah momen indah yang tak dapat dilupakan; especially jika taman itu adalah tempat yang baru diterokai. Taman yang Ida maksudkan ialah Central Park, di Puncak Alam.

Central Park, Puncak Alam.

Central Park, Puncak Alam baru sahaja dibuka pada awal tahun ini. Kawasannya agak luas. Fasiliti yang disediakan walaupun sederhana, tetapi cukup lengkap untuk anak-anak Ida bermain-main di sana.

Terdapat tempat gelungsur yang macam ala-ala istana; tempat untuk bergayut dan juga buaian.

Tempat gelungsur ala istana
Tempat untuk bergayut.

Selain itu, terdapat alat-alat untuk beriadah yang ditempatkan di sekitar taman permainan tersebut.

Space Walker
Pro-Cycle

Bagi mereka yang sukakan sukan ekstrem seperti roller-blade, disediakan juga tempat untuk mereka beriadah.

Setelah penat beriadah, Ida bawa anak-anak makan di Restoren Dangau Rimba di Kuala Selangor.

Restoren Dangau Rimba

Sebenarnya, ini adalah kali kedua Ida repeat makan di sini. Makanannya memang sedap dan pelbagai.

Station makanan yang dibakar; seperti ikan dan ayam bakar.
Station ulam-ulaman dan sambal seperti belacan dan budu.
Pelbagai jenis lauk gulai kawah.

Dekorasi di dalam restoren ini juga sangat selesa dan luas.

Alhamdulillah, sarapan tengah hari ini walaupun sederhana, tetapi sangat menyelerakan.

Buku apa yang menarik di MPH, Setia City Mall, Setia Alam.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Aktiviti apa yang anda nak buat sewaktu PKPB ni di rumah? Ida pun kadang-kadang terfikir nak buat apa ye dengan anak-anak di rumah. Orang kata, jauh berjalan, luas pandangan, banyak membaca, bertambahlah ilmu kan. So, baru-baru ini, ida pun singgahlah ke MPH Setia City Mall. Hasrat di hati, nak belilah beberapa buah buku sebagai bahan bacaan untuk diri sendiri dan anak-anak sewaktu berada di rumah.

Setelah agak setengah jam survey buku, dapatlah ida beli beberapa buah buku sebagai bahan bacaan bersama anak-anak di rumah.

Dah dapat buku yang dicari, letak dalam bakul.
Buku-buku yang menjadi idaman kalbu.

Jom kita tengok buku dan majalah apa yang ida beli.

Cinta Sentiasa Menang

Buku ini Ida beli sebab tertarik dengan ungkapan yang ada pada kulit muka depan buku ini. “Ujian kadang melemahkan. Tapi ujian jugalah yang membentuk kekuatan. Percaya , apa yang menyakiti kita hari ini itulah yang akan menjadi kekuatan kita suatu hari nanti”.

Dekor dekor Cinta

Buku ini menjadi inspirasi dan juga tips kepada Ida bagi menghias kediaman agar menjadi tempat yang bukan sahaja menenangkan tetapi juga dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Waktu PKPB ini lah saat yang terbaik untuk memberi sentuhan kreatif pada kediaman masing-masing kan.

Anne of Green Gables

Buku ini Ida beli untuk dihadiahkan kepada anak-anak Ida yang sedang membesar; Nur Aisyah dan Nur Ashiqin. Sebenarnya, sewaktu remaja, Ida dah baca buku ni. Jalan cerita dan gaya bahasa yang digunakan sangat sesuai untuk kanak-kanak dan remaja. Ianya mengisahkan seorang kanak-kanak perempuan bernama Anne yang tinggal bersama dengan keluarga angkatnya di Green Gables. Semangat Anne yang luar biasa boleh memberi inspirasi kepada sesiapa sahaja untuk sentiasa berjuang bagi mencapai kejayaan dalam hidup.

Majalah Asian Property Review

Minat Ida dalam pelaburan hartanah mendorong ida beli majalah ini. Edisi pada bulan ini ialah berkaitan dengan ‘prediction’ prospek pelaburan hartanah di Malaysia dan Asia pada waktu pandemik covid melanda dunia tika ini, dan juga post pandemik.

Majalah Rasa

Edisi Rasa bulan ini sangat menarik tau. Ianya berkenaan idea bisnes makanan yang boleh diceburi especially bagi mereka yang ingin menjana pendapatan tambahan dalam bisnes makanan.

Oh, ye, dengan pembelian buku di MPH ini juga anda akan mendapat baucer RM5, RM10 dan RM15.

So, apa lagi, jomlah ke MPH Setia City Mall pada waktu PKPB ni. Banyak bahan bacaan menarik yang menanti anda di sana.

Review Buku- ‘Screw Work, Let’s Play’. Nikmati detik-detik magis anda dalam ‘flow’. Buat apa kita suka, dapat banyak duit.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini ida nak berkongsi dengan pembaca sebuah buku yang ida rasa amat menarik dan bertepatan dengan suasana yang kita lalui sekarang; iaitu ‘Screw Work, Let’s Play’.

Sekarang ini kita lihat ramai yang terpaksa diberhentikan kerja akibat pandemik covid 19 yang melanda dunia ketika ini. Mereka terpaksa bekerja sendiri sama ada membuka bisnes menjual makanan atau pun sebagainya. Selain itu, terdapat ramai juga graduan-graduan yang baru keluar dari universiti yang masih lagi tidak mendapat pekerjaan. Berita baiknya ialah dalam dekad ini, kemajuan teknologi telah membolehkan kita bekerja mengikut kecenderungan atau minat masing-masing. Penulis di sini telah mengajak kita untuk melihat revolusi ‘play’. ‘Player’ di sini berjaya membuat duit dengan apa yang disukainya dengan memasuki saat ‘flow’. So, untuk itu apa kata hari ini kita bukakan minda kita dengan konsep ‘flow’.

Konsep ‘flow’ ialah keadaan di mana seseorang itu begitu asyik melakukan kerja yang diminatinya, sehinggakan dia tidak sedar masa berlalu. Apabila anda berada dalam saat ‘flow’, kerja bukan lagi sesuatu yang membebankan, tetapi sebaliknya sesuatu yang memberi keseronokan.

Ida mengambil contoh yang mudah; katakan anda minat melukis dan pandai dalam melukis. Lukisan yang anda hasilkan itu cantik dan menggembirakan hati orang yang melihatnya. Sebenarnya sewaktu anda melukis, anda telah memasuki detik ‘flow’.

Buku ini juga sarat dengan tips bagaimana untuk melaksanakan projek ‘play’ kita. Antara ‘player’ yang boleh menjadi inspirasi ialah Leslie Scott iaitu pencipta permainan ‘Jenga’. Beliau pada mulanya meminjam kepingan kayu anak abangnya dan mencipta satu permainan daripadanya. Dia membina satu menara kayu dan mencabar kawan-kawannya bagi mencabut kepingan kayu tanpa meruntuhkan menara. Sekarang ini permainan Jenga adalah permainan kedua paling laku di dunia, berada hanya di belakang Monopoly.

Oleh itu, carilah perkara yang benar-benar anda suka yang dapat memberi manfaat dan teruskan melakukannya. Mana tahu, anda boleh menjana pendapatan yang lumayan dengan melakukan apa yang benar-benar anda suka.

Jalan-jalan ke De Pulze Cyberjaya, melawat tempat santai yang best buat pencinta haiwan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Cuti hujung minggu baru-baru ini, Ida dan anak-anak ke De Pulze Cyberjaya. Di sini, kami telah pergi ke Pets Naturale. Rupanya di sini, tersembunyi syurga bagi pencinta haiwan yang comel seperti kucing, meerkat, arnab, hamster, ikan yang pelbagai jenis, kura-kura dan bermacam lagi.

Pets Naturale berada di kawasan zon Jom Play, tingkat 2 Cyberjaya. Terdapat pelbagai aktiviti yang ada di sini khusus untuk kanak-kanak seperti playland dan aktiviti kraftangan.

Masuk je ke kawasan zon Jom Play ini, anda akan melihat mural yang berkonsepkan hutan dan bakul-bakul yang bergantungan, persis seperti dalam cerita dongeng ‘Little Red Riding Hood’

Mural yang berkonsepkan hutan.

Di Pets Naturale, kami disambut oleh seekor anak kucing yang comel.

Anak kucing yang comel.

Actually, terdapat pelbagai jenis spesis kucing yang diimport ada di sini.

Ha! Yang ni pula kucing mahal yang comel.😍 Kalau anda nak tahu, harganya RM7,000. Ianya spesis kucing Ragdoll.

Spesis kucing Ragdoll.

Kucing Ragdoll ni keistimewaannya ialah mempunyai mata yang sangat menarik, bulu yang tebal dan merupakan baka kucing yang cerdik. Patutlah mahal!

Di Pets Naturale, ida sempat snap gambar beberapa jenis haiwan peliharaan yang memikat hati. Menariknya di sini, pada setiap haiwan, terdapat informasi berkenaan tabiat mereka, berserta dengan diet makanannya. So, senanglah nanti kalau ada bakal pembeli yang berminat untuk pelihara haiwan berkenaan.

Meerkat
Arnab
Hamster
Kura-kura
Pelbagai jenis spesis ikan
Burung nuri
Ayam

Ok lah, setelah puas melihat haiwan peliharaan yang comel, anak Ida bermain di playland yang berhampiran dengan Pets Naturale.

Playland

Apa yang menariknya di sini, terdapat banyak kerusi dan meja untuk anda menghabiskan masa dengan membaca atau membuat assignment sambil menemani anak-anak anda bermain di playland, melihat haiwan di Pets Naturale atau pun menghasilkan kraftangan yang menarik.

Meja dan kerusi yang disediakan khas buat pengunjung

Berhampiran dengan Pets Naturale juga terdapat pusat seni dan kraftangan yang boleh anak-anak sertai dengan bayaran yang amat berpatutan.

Kedai kraftangan Yande

Di sini anda dapat menghasilkan kraftangan yang menarik dengan dibimbing oleh jurujual yang ada di sini.

Antara kraftangan menarik yang dihasilkan.

Ok, apa lagi, jom lah ke Jom Play di De Pulze Cyberjaya. Anda pasti teruja dengan suasananya yang relaks dan menenangkan.

Mengimbau kenangan sejarah kemerdekaan di I-City Central, Shah Alam.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Insya-Allah, dalam masa beberapa hari lagi kita akan menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-63.

Kemerdekaan yang akan kita sambut kali ini amatlah berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini. Ini kerana, kita akan menyambut kemerdekaan dalam keadaan norma baru demi untuk mengekang penularan Covid-19 di negara kita. Kebetulan pula, tempoh PKP Pemulihan akan berakhir pada 31/08/2020.

Ida harap, 31/08/2020 dapat disambut dengan semangat kemerdekaan yang sebenar-benarnya. Merdeka daripada rasa takut yang tidak berasas, merdeka daripada perasaan tidak percaya akan kemampuan diri dan insya-Allah, merdeka daripada ancaman penyakit Covid-19.

Semasa pergi ke I-City Central baru-baru ini, Ida dan anak-anak sempat mengambil gambar sejarah kenangan kemerdekaan negara kita. Seronok juga dapat megimbau kenangan sejarah Malaysia yang satu ketika dahulu menghiasi landskap negara kita. Di sini Ida post beberapa gambar kenangan sejarah yang begitu sentimental dan menarik.

Basikal dan iklan yang ada pada era 50-an dan 60-an
Beca roda 3
Replika bas sekolah dan peti surat lama.
Kedai teh herba.
Kedai runcit zaman dulu-dulu.
Warung menjual buah-buahan.

Di sini juga dengan pembelian sebanyak RM300 di I-City Central, anda berpeluang untuk main permainan memasukkan gelung dalam kon sebanyak 3 kali percubaan. Setiap kali percubaan, anda akan mendapat 10 gelung. Ingatkan mudah, rupanya susah wei !!. Gelung tu ringan je. So, nak masukkan gelung tu dalam kon bukan merupakan satu kerja yang mudah. Namun, jika anda berjaya mengumpul jumlah mata/markah yang banyak, anda berpeluang untuk menang baucer membeli-belah sebanyak RM3,000.

Memasukkan gelung dalam kon.

Dengan pembelian RM300 dalam satu hari juga, anda akan mendapat goodie bag yang mempunyai notepad limited edition, sticker serta poskad yang berlatar-belakangkan sejarah kemerdekaan.

Semoga Hari Kemerdekaan yang bakal menjelma akan disambut dengan penuh rasa keinsafan dengan memanjatkan rasa syukur kepada Allah SWT di atas nikmat keamanan yang dikurniakanNya kepada rakyat Malaysia.

‘Micro-investing’- Alternatif konsep pelaburan buat mereka yang tiada modal besar.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Adakah anda ingin melabur, namun kekurangan modal? Adakah anda risau yang pelaburan dibuat mempunyai risiko yang tinggi?

Melalui platform Raiz, anda boleh melabur walaupun dengan modal yang sedikit. Dan yang paling best, pelaburan tersebut tidak berisiko tinggi, namun memberi pulangan yang agak memberangsangkan.

Di sini, pengguna dapat secara automatik melabur lebihan wang hasil daripada pembelian mereka sehari-hari dalam unit amanah. Yang menariknya, pengguna boleh mengeluarkan duit bila-bila masa sahaja tanpa membuat apa-apa bayaran dan tiada penalti.

Aplikasi platform Raiz yang memasukkan lebihan wang ke dalam akaun pengguna daripada pembelian sehari-hari.

Platform Raiz tidak memerlukan apa-apa deposit untuk membuka akaun, tetapi pengguna perlu meletakkan sekurang-kurangnya RM5.00 untuk memulakan pelaburan dalam portfolio yang dicadangkan.

Platform Raiz hanya mengenakan bayaran bulanan sebanyak RM1.50 untuk akaun yang kurang daripada RM6,000. Bayaran tersebut merangkumi kos pengurusan akaun pelaburan pengguna. Bayaran tersebut akan ditolak daripada kad debit pengguna. Jika terdapat lebih daripada RM6,000, yuran tahunan sebanyak 0.3% akan dikenakan ke atas baki nilai yang ada dalam akaun pelaburan.

Untuk mendapatkan aplikasi yang menyalurkan lebihan wang daripada pembelian sehari-hari, pengguna perlu menghubungkan platform Raiz dengan kad debit mereka. Dari segi keselamatan, pengguna tidak perlu khuatir kerana Raiz merupakan entiti yang dikawal-selia di bawah Suruhanjaya Sekuriti.

Platform Raiz menyasarkan kepada mereka yang mahu belajar bagaimana untuk menyimpan dan melabur. Mereka boleh melakukannya tanpa memberi kesan kepada gaya hidup masing-masing. Setiap kali pengguna membuat pembelian, satu deposit pelaburan baru dibuat.

Sejak April 2019, Raiz Invest mendapat sambutan yang menggalakkan dengan lebih daripada 670,000 pendaftaran; 190,000 merupakan pelanggan bulanan yang aktif dan mempunyai aset sebanyak US$320 juta di bawah pengendaliannya.

Aplikasi mobile Raiz boleh di download melalui App Store dan Google Play. Portfolio yang ada dalam platform Raiz merangkumi beberapa unit saham yang ditawarkan oleh Amanah Saham Nasional Berhad, yang merupakan hak milik sepenuhnya pengurusan syarikat unit amanah Perbadanan Nasional Berhad (PNB). Unit amanah ini melabur dalam stock tempatan dan luar negara, corporate bonds, bon kerajaan, instrumen pasaran duit yang menawarkan kecairan.

Semoga dengan adanya platform Raiz ini, dapat memberi alternatif kepada mereka yang ingin melabur, tetapi mempunyai modal yang terhad.

Jalan-jalan ke GM Klang, pusat pemborong terkenal di Klang.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kalau anda kaki shopping, sudah pasti anda sudah biasa mendengar nama GM Klang. GM Klang merupakan pusat pemborong yang terkenal di Klang.

Sejak PKP, Ida dan anak-anak sudah agak lama tak ke GM Klang. So, Sabtu baru-baru ini, kami ke sana untuk melihat pakaian dan tudung yang boleh dibeli. Maklum sajalah, tak lama lagi sekolah akan dibuka. Pakaian anak-anak sudah agak sendat. Ibunya pula teringin nak beli baju baru untuk ke tempat kerja.

GM Klang merupakan pilihan kami sekeluarga apabila nak shopping barang-barang keperluan seperti pakaian dan barangan rumah dengan harga berbaloi. Selain tempatnya yang selesa dan berhawa-dingin, kami juga suka dengan variasi pelbagai barangan yang ada di situ. Banyak pilìhan. Tepuk dada, tanya selera. Tepuk dada, tanya juga poket. 😁

Dalam pukul 1 tengah-hari, kami sampai ke GM Klang. Walaupun Malaysia masih lagi dalam PKP pemulihan, namun sudah ramai yang keluar untuk shopping.

Dari jauh lagi, sudah nampak deretan kereta di tempat parking kereta.

Jom ida share beberapa gambar kedai-kedai yang ada di GM Klang.

Kedai menjual karpet, cadar dan alas meja.
Kedai menjual permainan dan almari box.
Kedai menjual pencil box dan beg hand-made.
Kedai menjual tudung dan pakaian kanak-kanak.
Kedai menjual pelbagai jenis alat permainan.
Kedai menjual peralatan outdoor dan hiking.

Di sini juga terdapat ruang pameran barang-barang permainan dan produk bayi yang bermutu tinggi. Anda cuma perlu buat pendaftaran di kaunter pendaftaran, dan seterusnya dapat membuat pilihan di ruang pameran di dalamnya. Selesa bukan.

Kaunter pendaftaran bagi usahawan untuk melihat produk permainan dan barangan bayi di ruang pameran
Ruang pameran barang permainan dan produk bayi.

Setelah penat jalan-jalan cari barang yang nak dibeli, kami pun relaks sekejap di tempat duduk khusus untuk pelanggan bergambar sambil duduk santai-santai yang ada di tingkat 6, GM Klang.

Sambil duduk, sambil berselfie.
Tempat permainan kanak-kanak.
Tempat mesin urut untuk relax dan refresh.

Di sini juga pengunjung boleh menikmati pelbagai jenis hidangan yang ada di medan selera di tingkat 6.

Medan selera GM Klang.

Sebelum melangkah keluar dari bangunan GM Klang, sempat juga Ida snap gambar informasi berkenaan salah satu tempat menarik di Klang, iaitu, Pulau Ketam. Pulau Ketam merupakan destinasi perkampungan nelayan. So, kalau pembaca nak rasai bagaimana suasana di kampung nelayan, bolehlah berkunjung ke Pulau Ketam.

Pulau Ketam, destinasi perkampungan nelayan.