Bagaimana menjual hartanah dengan harga yang tinggi.

imej jual rumah

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Agak lama juga saya tidak bersiaran, oppss… maksud saya menulis artikel untuk blog ini. Sebenarnya, banyak juga tugasan yang perlu diselesaikan sebelum fajar baru 2018 menyingkap tabirnya.

Akan sampai satu ketika anda sebagai pemilik rumah akan membuat keputusan untuk menjual hartanah anda. Di sini, saya nak kongsi tips-tips bagaimana untuk menjual hartanah tersebut dengan harga yang tinggi. Terima kasih kepada Tuan Azizi Ali yang sudi berkongsi tips ini dalam bukunya “Bagaimana hendak menjadi jutawan hartanah”.

  1. Mencantikkan hartanah itu.

– Cantik yang saya maksudkan ialah dengan membersihkan kawasan sekeliling baik-baik, cat dinding dengan warna baru, betulkan masalah-masalah seperti paip yang bocor atau tingkap yang pecah, dan wangikan rumah anda dengan sewangi-wanginya.

2. Buat penilaian.

– Tujuan mendapatkan penilaian harga hartanah tersebut adalah supaya ianya tidak dijual di bawah nilai pasaran.

3. Mengiklan.

– Di sini anda mempunyai beberapa pilihan iaitu menyenaraikannya di dalam akhbar, majalah, laman internet atau dengan beberapa ejen hartanah. Jika masa menjadi halangan terbesar anda, maka eloklah menggunakan khidmat ejen hartanah kerana mereka dapat memudahkan urusan anda dengan menunjukkan hartanah itu kepada bakal pembeli, memilih pembeli, berbincang dan menyediakan kebanyakan kertas-kertas rasmi sebaik saja jualan dipersetujui.

Selebihnya anda perlu bersabar kerana hartanah bukanlah jualan yang sikit-sikit nilainya. Mestilah pembeli juga perlu membuat pilihan terbaikkan. Apa pun, jika pembeli sudah jatuh cinta pada hartanah anda, mereka sanggup membelinya dengan nilai yang telah dipersetujui. So, mari upgrade hartanah anda.

 

Bagaimana beli rumah tanpa modal. Psss… Dapat wang lebih lagi.

Hartanah Emas Malaysia (2) (1)

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pembelian rumah merupakan pembelian termahal dalam hidup seseorang. RM100 ribu, RM200 ribu, RM300 ribu dan seterusnya bukan nilai yang kecil kawan. Justeru, anda perlu seboleh-bolehnya meminimumkan kos dalam pembelian rumah, tak kiralah untuk duduk sendiri ataupun sebagai pelaburan.

Salah satu caranya ialah dengan membeli rumah tanpa modal. Wah! Betul ke? Tidakke bank memerlukan 10% daripada harga belian bagi membuktikan yang anda ada duit dan mampu untuk membayar ansuran bulanan. Betul, ada caranya. Malahan, anda dapat duit lebih lagi. Begini caranya. Apa yang anda perlu lakukan ialah dengan mencari penjual yang terdesak, di mana anda dapat membeli hartanah di bawah nilai pasaran. Sebagai contoh, nilai pasaran hartanah ialah RM150,000, tetapi harga beliannya sebanyak RM100,000. Dalam perjanjian S & P akan mengatakan harga beliannya sebanyak RM150,000. Pihak bank akan memberi pembeli pinjaman sebanyak RM140,000. Jumlah wang RM100,000 dibayar kepada penjual dan Rm40,000 disimpan oleh pembeli.

Ada yang tanya, sahke jual-beli macam tu? Sah je. Semasa saya menulisni pun ada beribu-ribu transaksi begini yang berlaku, dan ianya dilakukan secara sah di pejabat peguam. Apa lagi kawan. Jom usha mana hartanah di bawah harga pasaran dan jom invest.

Jelajah Kuala Selangor- Siri 1 (Pantai Remis, Jeram)

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah, cuti sekolah seminggu sempena perayaan Deepavali baru-baru ini, tertunai sudah harapan saya untuk jalan ke tempat-tempat menarik di sekitar kawasan Kuala Selangor.

Semasa nak beli kondominium Danau Perintis di Puncak Alam, saya review dahulu ulasan-ulasan di laman web hartanah. Salah satu laman web menyatakan Danau Perintis ni dekat dengan Kuala Selangor. Rupanya memang dekat juga setelah kami menggunakan waze untuk ke Pantai Remis, Jeram. Kira-kira dalam 10 km. Masa kami sampai, waktu sudah menunjukkan 12 tengah hari. Memang kami bertolak agak lewat untuk ke pantai sebab singgah dahulu di Puncak Alam.

Suasana walaupun panas, namun angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa dapat mendinginkan kepanasan udara. Ada yang menyewa khemah untuk santai-santai di kawasan pantai.

20171018_124057[1]

Ada banyak longgokan batu-batu besar yang seolah-olah menjadi tebing pantai.

20171018_123710[1]

Anda juga boleh menyusur di tepi pantai dan merasai kehalusan tanah pantai yang lembut sambil mengutip remis. Sebelum balik, sempat juga kami singgah  di Aroma Ikan Bakar di muara, Jeram.20171018_202722[1]

Suasananya agak santai. Anda boleh pilih pelbagai jenis makanan laut dan boleh pesan sama ada untuk dibakar,  stim atau sebagainya. Menu kami agak simple sahaja, ikan kembong dan ikan pari bakar, tomyam dan kailan ikan masin bersama jus tembikai.20171018_210519[1]

Anda juga boleh melihat sampan-sampan yang berlabuh di bawah kawasan medan selera. Macam suasana di kampung nelayan gitu. Insya-Allah, jelajah Kuala Selangor akan bersambung pada siri ke-2, tunggu…

 

 

Cara-cara mendapatkan penyewa dari Syurga.

3d House (XXL)

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kedengaran macam bunyi bising di luar sana. Betulke tajuk di atas? Macam pelik bunyinya. Betul! Anda tak salah baca. Penyewa dari syurga merupakan idaman setiap tuan rumah. Manakala penyewa dari neraka merupakan mimpi ngeri kepada tuan rumah.

Persoalannya, bagaimana nak dapatkan penyewa dari syurga ni? Ada tertulis ke kat wajah masing-masing yang dia ni wajah ahli syurga ke, wajah ahli neraka? Of course takkan. So, cara yang paling afdal ialah dengan menggunakan penuras yang paling halus. Macam mana caranya? Di sini saya nak berkongsi tips-tips dari En Azizi Ali bagaimana beliau mendapatkan penyewa dari syurga.

  1. Rasakan getaran positif pada pertemuan kali pertama anda dengan bakal penyewa. Jika anda rasa jelek dengannya, cari penyewa lain.
  2. Tanya mereka ada pekerjaan tetap ke tak? Kalau tak ada, jangan buang masa tanya perkara lain. Dah sah-sah bakal penyewa anda tak mampu bayar sewa secara konsisten. Tinggalkan saja.
  3. Mesti mampu bayar sewa 2 bulan deposit. Tiada kompromi.
  4. Bakal penyewa banyak minta benda yang merepek, contohnya pasang astro, wallpaper, water fountain ke, jangan ambil.
  5. Bakal penyewa berpakaian seperti penjenayah, jangan ambil. Anda akan menghadapi saat-saat sukar meminta duit sewa darinya. Garang kot.
  6. Jika mereka kelihatan terdesak, jangan ambil.
  7. Jika mereka berkongsi rumah dengan 5 orang yang lain, juga jangan ambil.

Bunyi bising lagi, ‘Alamak, susah lah macam ni nak jadi tuan rumah’, ‘Nanti orang kata tuan rumah banyak songeh’. Kalau ada bunyi-bunyi bising macam ni, ignorekan saja.

Saya tanya balik, ‘Siapa yang buat pinjaman dengan bank beratus-ratus ribu?’ Anda bukan! ‘ Siapa yang akan terbeban dengan bayaran bulanan kepada bank?’ Anda bukan! So, sudah tentu tidak salah anda sebagai tuan rumah mengetatkan skru dalam pengambilan bakal penyewa yang sebenarnya adalah pekerja anda dalam melangsaikan pinjaman perumahan kepada bank. Pelaburan hartanah juga merupakan salah satu perniagaan. So, be prudent with your business.

Strategi baru pelaburan hartanah.

20170924_154159[1]

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya harap pembaca sekalian berada dalam keadaan sihat dan sentiasa berfikiran positif dalam menghadapi hari-hari yang mendatang. Kita semua sedia maklum pasaran hartanah 2017 merupakan pasaran yang mencabar terutamanya kepada pelabur-pelabur hartanah yang baru. Saya juga boleh dikatakan newbie dalam pelaburan hartanah.

Malaysia pada ketika ini berada di tahap terbawah dalam kitaran hartanah. Ini kerana berlakunya penawaran yang berlebihan berbanding permintaan. Melalui pembacaan saya dalam majalah iproperty, terdapat beberapa strategi baru yang boleh diambil bagi menghadapi pasaran hartanah yang kian tepu kini.

1. Melihat kepada skim menyewa untuk memiliki (rent – to – own scheme)

–   Tidak memerlukan modal.

2. Pembelian secara berkumpulan.

–   Strategi yang bagus untuk melindungi duit daripada inflasi. Hal ini kerana pemaju            akan menawarkan diskaun yang banyak kepada pembelian secara berkumpulan.              Justeru, pembeli dapat memiliki hartanah pada harga yang menarik.

3. Peluang dalam hartanah lelong.

–   Kebelakangan ini terdapat banyak hartanah yang dilelong. Pembeli dapat memiliki hartanah tersebut pada harga diskaun sehingga 70% walaupun di kawasan-kawasan yang strategik seperti Mont Kiara dan Sri Hartamas.

Walau apapun strategi yang diambil, pelabur hartanah hendaklah menilai sesuatu hartanah dengan sebaik-baiknya dengan mengambil-kira faktor peningkatan harga, kadar sewa yang stabil, lokasi yang strategik dan juga kawasan kejiranan yang berkualiti.

Jalan-jalan tengok rumah.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Cuti awal Muharam baru-baru ni, saya dan anak-anak pergi tengok kondominium Danau Perintis yang masih lagi dalam under-construction di Puncak Alam. Progressnya sudah naik ke tingkat 8.

On the way nak balik ke Shah Alam menggunakan Jalan Persiaran Mokhtar Dahari, kami singgah sekejap di sales gallery Ecoworld. Saya nak share sikit projek di sini. Pembangunannya sangat menarik. Saya boleh katakan one of its kind. Bagi mereka yang tak begitu familiar dengan Puncak Alam, kawasan ni dalam kategori bandar yang sedang membangun. UITM Puncak Alam benar-benar telah memberi nafas baru kepada Puncak Alam. Perkembangan terkini ialah Super Hospital UITM yang akan dibina di dalam institusi pengajian itu sendiri. Boleh saya katakan flyover dan underpass yang sedang dibangunkan di sana benar-benar akan menjadikan Puncak Alam sebagai permata baru di daerah Kuala Selangor. Kerana potensi-potensi yang ada inilah pemaju tersohor Ecoworld telah membeli tanah dan membangunkan projek kediaman di sana.

Ramai yang beli rumah ni kerana konsep yang ditawarkan. Contohnya terdapat ‘Bridge of Dream’. Bagi mereka yang nak alami suasana macam negara omputih gitu, memang menarik.20171001_091219[1]

Juga ada dragonfly-shaped lake. Cuba tengok bentuk tasiknya, macam bentuk dragonfly kan.

20171001_092154[1]

Ok lah, mari kita layan gambar-gambar showroom yang kami telah lawati.

20170924_155035[1]

20170924_154519[1]

Tu gambar dalam bilik untuk anak. Ada pokok dan boleh bermain dengan buaian daripada tayar gitu.

Jika berminat nak beli, harganya masih lagi di bawah RM 500 ribu bagi jenis Graham, selepas diskaun. Untuk konsep dan fasiliti yang ditawarkan rasanya agar berbaloi dengan harganya. Apa pun, tepuk dada tanyalah poket.

Era Baru ‘Master-planned Community’/ Komuniti Induk Terancang.

image1_new_1_1

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pernahkah pembaca terfikir apakah bentuk kediaman yang akan muncul pada 5, 10 dan 15 tahun akan datang? Saya pun ada terfikir tentang perkara tersebut sehinggalah saya terbaca satu artikel dalam iproperty.com bertajuk ‘Developing Next Generation Master-Planned Communities’.

Fuh! Kalau baca perancangan diaorangni memang canggih, sampai saya rasa sangat teruja dengan pembangunan tersebut. Ok, mari kita layan antara elemen-elemen penting dalam ‘master-planned community’.

1. Aplikasi teknologi.

–   Bandar Pintar yang mempunyai kecerdasan buatan / artificial intelligences (AI), seperti kemampuan robot yang dapat berperilaku seperti manusia.

2. Mempunyai laluan berbasikal @ pejalan kaki / pedestrian friendly.

– Konsep ini menjadi identiti yang banyak ditawarkan oleh pemaju-pemaju yang gah sekarang seperti pemaju Sime Darby yang membangunkan ‘City of Elmina’ di Selangor.

3. Penglibatan penduduk.

–  Situasi yang biasa berlaku ialah apabila kediaman telah siap, maka kunci akan diserahkan kepada pemilik. Namun, tidak pula bagi pemaju yang membangunkan ‘master-planned community’. Mereka akan memberikan peluang kepada pemilik untuk menambahkan duit poket masing-masing. Inilah yang dinamakan sebagai ‘affordable living’ / kehidupan yang mampu untuk dimiliki.

– Sebagai contoh, di Dubai, terdapat pemaju yang membangunkan ‘Sustainable City’. Bagi setiap unit yang terjual pemaju akan memberikan sebahagian kedai runcit/retail yang tidak terjual kepada penduduk. Ini bermakna pemilik rumah menjadi pemilik bersama/ co-owning dengan pemaju. Ini dapat meningkatkan taraf hidup penduduk di dalam komuniti tersebut.

– Selain itu, pemaju di Dubai juga memperuntukkan solar-panel di bumbung setiap rumah dan kawasan letak kereta. Tenaga elektrik yang lebih akan terjana. Hal ini dapat menjimatkan tenaga elektrik. Tenaga elektrik yang lebih membawa kepada idea pertanian urban/ urban farming. Di Dubai, tenaga elektrik yang lebih ini telah digunakan untuk mengawal suhu di dalam rumah hijau. Olek kerana projek ini merupakan projek komuniti, pemilik memainkan peranan untuk menjadikan ladang itu hidup/ maju. Apabila mereka bekerjasama, terdapat perasaan pemunyaan kerana mereka menjaga kemaslahatan seluruh komuniti.

Tentu seronokkan dapat mendiami kawasan kediaman yang mempunyai elemen-elemen di atas. Apa kata kita survey pemaju mana  yang melaksanakan konsep ‘master-planned community’ di Malaysia dan jom kita melabur di dalam projek tersebut. Master-planned community living merupakan trend yang di cari pada masa akan datang.