Bagaimana untuk menjadikan minda anda lebih aktif dan bertenaga.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Adakah anda pernah merasakan sukar untuk mencari idea-idea yang kreatif dan bernas ? Atau, pernahkah anda merasakan yang rutin seharian menyebabkan anda menjadi semakin buntu dan hilang fokus? Jika anda pernah mengalami tanda-tanda di atas, berkemungkinan besar anda sedang mengalami sindrom jemu atau ‘boring’. Perasaan ini jika tidak dirawat dan diatasi, akan menyebabkan anda cenderung rasa tertekan, melakukan penyalahgunaan bahan atau kerisauan.

Di sini Ida berikan tips bagaimana untuk menjadikan minda anda lebih aktif dan bertenaga.

Sewaktu bekerja.

Berada dalam persekitaran yang sama untuk jangka masa yang panjang akan menghalang anda daripada mencapai ‘flow’. ‘Flow’ dapat dicapai apabila anda melibatkan diri di dalam aktiviti yang bertenaga dan menarik. Bagi mendapat perubahan dalam persekitaran kerja anda, sesuatu perubahan itu tidaklah perlu terlalu besar. Sebagai contoh, anda boleh membeli bunga dan diletakkan di atas meja kerja. Anda juga boleh merubah persekitaran tempat anda bekerja dari rumah ke perpustakaan atau ke kedai kopi kegemaran anda untuk beberapa hari dalam seminggu.

Bersama teman atau pasangan.

Perasaan jemu merupakan keadaan di mana pasangan berhenti untuk maju ke hadapan dalam perhubungan mereka. Mereka juga tidak mengambil inisiatif untuk mendalami hati-budi masing-masing. Bagi mengatasi perasaan jemu ini, anda boleh mencari cabaran yang boleh diambil bersama-sama, contohnya dengan cara mendaki bukit atau pun melancong ke tempat yang menarik.

Sewaktu makan.

Cuba nikmati hidangan anda dengan cara berbeza contohnya menggunakan chopstick semasa mengambil popcorn. Hal ini boleh mencetuskan rasa keterujaan anda kerana dapat menikmati hidangan dengan cara yang baru.

Semasa dalam perjalanan ke tempat kerja.

Sewaktu memandu, ambil jalan yang berbeza atau mendengar podcast yang baru. Selain itu, apabila berada di tempat awam, cuba lihat orang yang lalu-lalang dengan bersungguh-sungguh; contohnya cara mereka berjalan atau pun berinteraksi di antara satu sama lain. Mungkin dari situ, anda akan mendapat cetusan idea yang tidak disangka-sangka.

Ida harap perkongsian yang sedikit ini dapat memberi idea kepada pembaca bagaimana untuk mengaktifkan kembali minda anda supaya menjadi semakin cerdas dan bertenaga.

Advertisement

Membuat keuntungan dalam pelaburan saham-Saham yang menguntungkan akibat Pandemik Covid-19 yang melanda dunia.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pakar ekonomi ada mengatakan; ‘Dalam setiap krisis, wujud peluang bagi pelabur’.

Pandemik Covid-19 menyaksikan majoriti masyarakat dunia terpaksa menghabiskan banyak masa di dalam rumah demi untuk memutuskan rantaian Covid-19. Aktiviti-aktiviti seperti pembelian dalam talian, video-conferancing dan hiburan juga banyak dilakukan dari rumah. Oleh itu, terdapat peningkatan permintaan terhadap perkhidmatan yang berasaskan online seperti servis penghantaran, pembelian dalam talian dan siaran televisyen berbayar seperti Unifi.

Demi untuk memutuskan rantaian Covid-19, ramai terpaksa duduk dan melakukan aktiviti-aktiviti dari rumah

Akibat daripada Pandemik Covid-19 juga, syarikat-syarikat yang disenaraikan di Bursa Saham yang berasaskan telekomunikasi dan kesihatan telah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan. Justeru, peluang yang ada di sini ialah anda boleh melabur dalam saham syarikat-syarikat telekomunikasi seperti Axiata, Telekom, Digi dan Maxi; saham Tenaga Nasional dan pemain industri seperti KPJ juga boleh dipertimbangkan.

Selain itu, terdapat peningkatan trend dalam bekerja dari rumah. Kebarangkalian trend bekerja dari rumah akan terus berlaku walaupun setelah Pandemik Covid-19 berakhir apabila majikan mendapati penjimatan kos yang dapat dicapai dengan mengadakan mesyuarat secara dalam talian. Permintaan terhadap kaunter-kaunter yang berkaitan dengan semi-konduktor juga akan meningkat, kerana jika difikirkan, apa yang merancakkan lagi trend pendigitilan adalah semi-konduktor.

Bekerja dari rumah sudah menjadi trend terkini.

Bagi newbie, pelaburan saham adalah sesuatu yang amat asing buat mereka. Namun, percayakah anda jika saya katakan adalah sangat mudah untuk melabur dalam saham. Anda hanya perlu membuka akaun CDS (Central Depository System) di mana-mana bank sahaja dan seterusnya dapat melakukan transaksi jual-beli saham dengan sendiri. Buat permulaan, belilah saham secara sedikit dahulu dan apabila anda sudah rasa selesa dan nampak keuntungannya, bolehlah membeli sehingga ratusan ribu ringgit mengikut kemampuan anda. Saham-saham seperti Axiata, Telekom, Digi, Maxis, Tenaga Nasional dan KPJ adalah saham patuh Syariah. Selain itu, terdapat banyak lagi saham syarikat-syarikat lain yang patuh Syariah dan maklumat tersebut dapat diperolehi dengan mudah dari internet.

Apa pun, anda perlu kaji betul-betul kaunter yang akan dibeli baik dari segi Fundamental, Technical dan News. Ini kerana kenaikan atau kejatuhan harga saham walau sebanyak satu sen sahaja boleh memberi impak yang besar kepada pelaburan kita. Di sini saya beri contoh jika anda melabur pada satu kaunter yang didagangkan di Bursa Malaysia berharga 2 sen dan modal anda adalah RM1,000. Dengan kiraan yang ringkas, anda layak untuk membeli 50,000 unit saham kaunter tersebut. Katakanlah, harga saham tersebut naik sebanyak 1 sen, maka keuntungan yang diperolehi adalah RM500 sebelum ditolak kos urusniaga yang mengandungi yuran broker, duti setem dan yuran penjelasan. Begitu juga sebaliknya jika harga saham jatuh sebanyak 1 sen, maka anda akan mengalami kerugian sebanyak RM500 (sebelum ditambah kos urusniaga).

Justeru itu, ilmu yang cukup perlu ada untuk melabur dalam saham. Sekiranya kita benar-benar ingin menjana keuntungan yang berlipat kali ganda, maka melaburlah pada ilmu terlebih dahulu. Ini kerana dengan pemilihan kaunter yang betul dan syarikat yang berpotensi, anda dengan mudah dapat menjana wang di mana-mana sahaja berbekalkan telefon bimbit, komputer riba dan internet.

PKP Fasa 3; Akhirnya dapat juga masak Salmon Panggang dengan Sos lemon.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Siapa kt sini suka makan ikan salmon? Ida dan anak-anak pun dah lama tak makan steak salmon. Alhamdulillah, musim PKP ni, dapatlah juga anak-anak Ida merasa masakan air tangan ibunya. Kalau tak, memang makan kt kedai je memanjang. 😅

Ikan salmon ni Ida beli kat Setia City Mall Shah Alam beberapa hari sebelum PKP fasa 1 dilaksanakan. Masa tu, memang dah banyak kedai shoplot yang ditutup dek kerana pandemik Covid-19. Yang buka hanyalah kedai grocery, kedai telekomunikasi, farmasi dan restoren-restoren yang hanya menerima tempahan take-away sahaja.

Suasana dalam Setia City Mall yang lengang.

Ok lah, di sini Ida kongsi resepi Salmon panggang dengan sos lemon yang super simple tapi sedap.

2 keping ikan salmon, 1 labu bawang besar, 100 gm brokoli (direbus), campuran 1 sudu makan serbuk oregano, 1 sudu makan serbuk lada hitam dan 1 sudu makan sos Worcestershire (untuk diperap pada ikan salmon) dan oren sunkist.

Cara-caranya:

  1. Perap ikan salmon dengan bahan campuran sos Worcestershire, serbuk oregano dan serbuk lada hitam.
  2. Then, perahkan oren sunkist pada ikan dan sapu rata.
  3. Bakar ikan salmon dalam kuali non-stck sehingga garing.

4. Angkat ikan dan letakkan di dalam pinggan.

5. Perahkan oren sunkist dalam kuali non-stick tadi. Masukkan bawang besar dan sedikit serbuk lada hitam. Kacau rata.

6. Tuangkan di atas ikan dan hidangkan dengan brokoli rebus.

Tada, dah jadi salmon panggang bersama sos lemon.

Kalau nak lagi umph, anda boleh goreng jejari kentang untuk dimakan bersama salmon panggang tersebut. Kredit kepada Chef Hanieliza dalam bukunya 1 Hari, 1 Resepi. Selamat mencuba!

Bagaimana untuk mengelakkan penularan virus COVID-19 melalui wang kertas.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. COVID-19 merupakan penyakit yang boleh berjangkit melalui sentuhan dengan individu yang positif COVID-19. Persoalannya di sini, bagaimana pula dengan wang kertas yang kita guna sehari-hari. Adakah wang kertas yang kita gunakan ini selamat daripada COVID-19?

PBB ada melaporkan bahawa virus COVID-19 ini mampu hidup di atas wang kertas selama beberapa hari. Di sini Ida terbaca satu artikel cara-cara bagaimana untuk mengurangkan risiko penularan virus COVID-19 melalui wang kertas. Membasuh tangan selepas memegang wang kertas merupakan salah satu cara. Namun, di premis perniagaan di mana pertukaran wang kertas berlaku secara berterusan, cadangan ini adalah tidak praktikal.

Justeru itu, alternatif yang ada ialah dengan menggunakan teknologi yang membolehkan pembayaran tanpa tunai, secara atas talian atau internet.

Bagi pembelian barang keperluan harian, pembaca boleh menggunakan e-dompet bagi mengelakkan penularan virus COVID-19 melalui wang kertas.

So, bagi mereka yang belum lagi mempunyai e-dompet, bolehlah mempertimbangkan untuk menggunakan aplikasi ini. Apatah lagi kita lihat peningkatan kes mereka yang dijangkiti virus yang tiada vaksinnya lagi ini. Apa pun, yang paling penting, amalkan penjagaan kesihatan dan kebersihan diri serta sentiasa berdoa kepada Allah SWT agar kita dan keluarga dijauhkan diri daripada terkena wabak penyakit ini.

10 Tanda jika Anak anda Genius.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Mendapat anak-anak yang cemerlang adalah impian setiap ibu-bapa. Namun, tahukah anda, jika ada di antara anak-anak kita yang tergolong dalam kategori genius. Di sini Ida senaraikan 10 tanda jika anak anda adalah genius

1.Mencapai kemajuan lebih awal daripada kanak-kanak sebaya yang lain.

Sebagai contoh, mereka dapat menguasai kemahiran berbahasa lebih awal daripada kanak-kanak sebaya yang lain. Mereka mempunyai perbendaharaan kata yang luas dan mampu berkomunikasi dengan ayat yang kompleks pada awal usia lagi.

2. Mereka suka membaca.

Tabiat yang tidak dapat dipisahkan daripada mereka yang genius ialah mereka suka membaca. Kanak-kanak genius cepat belajar. Membaca merupakan hobi yang memberi kepuasan buat mereka.

3. Sikap ingin tahu yang tinggi tentang dunia luar.

Kanak-kanak bijak berminat tentang apa-apa yang berlaku disekelilingnya. Genius sebenar pula berminat untuk mengetahui bagaimana sesuatu itu berfungsi. Ibu-bapa kanak-kanak genius harus bersedia untuk menjawab pelbagai soalan yang akan diajukan oleh mereka. So, bersabar sajalah ye.😁

4. Mempunyai fokus atau pemerhatian yang tinggi.

Kanak-kanak genius dapat mengenalpasti sesuatu di sekeliling mereka dengan baik. Mereka juga dapat mengingati informasi tentang sesuatu perkara dengan jelas. So, tak boleh tipu-tipu si genius ni tau. Sekali tertipu, mereka akan ingat selamanya.

5. Mempunyai pengetahuan mendalam tentang sesuatu topik yang mereka minati.

Contohnya, jika mereka berminat tentang dinosaur, mereka dapat memberikan nama saintifik setiap dinosaur. Begitu juga jika mereka berminat tentang kereta, mereka dapat menerangkan tentang bagaimana enjin kereta berfungsi dengan baik. Kebolehan seperti itu biasanya diperolehi sewaktu dewasa, namun si genius cilik dapat menguasainya seawal usia lagi. Hebat bukan!

6. Lebih suka berkawan dengan mereka yang lebih berusia daripadanya.

Kanak-kanak genius mungkin sukar untuk bergaul dengan mereka yang mempunyai keupayaan dan minat yang berlainan dengannya. Mereka juga mendapati pelajaran dalam kelas adalah senang dan ini menyebabkan mereka cepat bosan. Justeru itu, mereka akan mula berinteraksi dengan kawan-kawan lain. Untuk mengatasi masalah ini, ibu-bapa boleh mendidik anak-anak genius cara-cara untuk bergaul dengan mereka yang berlainan usia, kemahiran sosial dan empati.

7. Fokus dan sikap bersungguh-sungguh tentang sesuatu perkara.

Kanak-kanak genius sentiasa bersungguh-sungguh menyelesaikan sesuatu perkara dan tidak akan sama sekali mengalah sehinggalah mereka dapat menyelesaikan perkara tersebut. Perhatian mereka tidak mudah teralih kepada perkara-perkara lain seperti TV, permainan video dan media sosial. Ini membolehkan mereka dapat menyelesaikan setiap tugasan dengan efisien.

8. Kemahiran kepimpinan.

Banyak daripada kanak-kanak genius menjadi pemimpin dalam industri dek kerana kematangan dan kemahiran organisasi mereka yang semulajadi. Mereka suka mencari solusi terbaik dalam menyelesaikan sesuatu masalah dan juga sentiasa membuat penambahbaikan kepada sesuatu perkara.

9. Mereka asli.

Mereka bukan sahaja memahami kerja orang lain, tetapi dalam masa yang sama dapat menawarkan pemikiran asli mereka dalam penyelesaian sesuatu masalah. Perkataan yang selalu mereka gunakan ialah “Banyak manakah cara yang dapat saya lihat bagi menyelesaikan masalah tersebut?”.

10. Mereka bukan sempurna.

Menjadi genius bukan bermakna mereka cemerlang dalam semua subjek dan aptitude. Sebagai contoh, kanak-kanak tersebut mungkin math prodigy, namun lemah dalam subjek muzik. Atau mereka mungkin cemerlang dalam sukan, tetapi dalam masa yang sama mendapati membaca adalah sukar. Kuncinya di sini ialah memberi peluang seimbang kepada mereka untuk belajar dan berkembang.

Apa pun, genius atau tidak anak-anak anda, yang pasti mereka adalah anugerah Allah SWT dengan potensi yang tiada batasan, insya-Allah.

Kerana Syurga itu mahal.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Subhanallah, sudah semestinya syurga itu mahal. Namun, kenapa masih ramai yang tidak beramal sesungguhnya bagi meraih syurga yang indah dan kekal abadi itu? Mendengar kematian ramai di antara kita; daripada orang kebanyakan, para profesional, selebriti, mahupun kerabat diraja, menjentik perasaan insaf di hati.

Hidup kita di dunia ini umpama satu persinggahan. Satu masa, kita akan melangkah ke negeri yang kekal abadi, iaitu alam akhirat. Namun, yang menjadi persoalan, cukupkah bekalan kita untuk mengadap Sang Khalik nanti?

Nabi SAW bersabda maksudnya: ” Apabila seseorang itu meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali 3 perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh yang mendoakannya”.

Sesungguhnya, neraka itu dikelilingi kecintaan kepada dunia, wanita dan hawa nafsu yang diikuti. Sedangkan syurga itu pula dikelilingi oleh segala benda yang dibenci oleh hawa nafsu seperti ibadah dan berjihad di jalan Allah SWT.

Jalan ke syurga itu penuh kepahitan, kepenatan dan kelelahan dalam beribadah kepada Allah SWT. Namun, kemuncaknya adalah syurga dan redha Ilahi. Jalan ke neraka pula dihiasi keindahan dunia yang melalaikan. Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak ketawa. Maka berkata Izrail: ” Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah SWT untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.”.

Mengingati mati bukan bermaksud kita meninggalkan dunia dan fokus hanya pada ibadah seperti solat sahaja. Bahkan, kita diseru untuk bekerja, sesuai dengan peranan kita sebagai khalifah Allah di muka bumi. Allah berfirman, maksudnya: “Dialah yang menjadikan bumi ini budak bagi kamu, berjalanlah kamu di muka bumi, dan carilah kurnia Allah dan ingatlah Allah sebanyak-banyaknya supaya kamu beruntung”. (QS. Al-Jum’ah:10)

Cuma kita perlu ingat, tujuan kita berada di dunia ini bukan untuk meraih nikmat dunia semata-mata. Tujuan yang paling utama ialah untuk kembali semula ke syurga, tempat di mana Bapa dan Bonda semua manusia iaitu Nabi Adam dan Siti Hawa pernah tinggal.

Semoga kita semua termasuk di dalam kalangan orang yang sentiasa beristiqamah dalam beribadah kepada Allah SWT, amiin.

Ibu bekerja. Solusi meletak anak di Taman Asuhan Kanak-kanak Kerajaan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Menjadi rutin harian Ida sekarang untuk membelek suratkhabar bagi mengetahui berita terkini dunia. Maklumlah sekarang ini, kita asyik disogokkan dengan berita-berita yang mendebarkan. Berita terkini yang mencemaskan hampur seluruh dunia ialah tersebarnya wabak koronovirus yang meragut banyak nyawa, namun vaksinnya masih belum dapat dihasilkan lagi. Apa pun, sama-samalah kita berdoa agar para saintis berjaya menemui formula terbaik untuk mengatasi wabak koronovirus tersebut.

Macam biasa, waktu belek-belek paper tadi, ada satu berita yang menggamit perhatian Ida. Kalau pembaca nak tahu, Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat akan memberi peluang kepada agensi selain daripada kerajaan untuk membuat permohonan bagi membuka TASKA di tempat kerja. Menarik bukan!

Kalau dulu, hanya agensi dan jabatan kerajaan saja boleh membuat permohonan TASKA di tempat kerja. Kini, agensi swasta juga mampu menikmati TASKA di tempat kerja. Sebenarnya, permohonan membuka TASKA di tempat kerja baru dibuka pada Disember 2019, dan sehingga kini 36 permohonan diterima.

Budget sebanyak RM30 juta yang diperuntukkan untuk bina TASKA di tempat kerja ni memang banyak wei! Rugi kalau majikan di tempat korang tak mohon. Untuk mohonpun bukannya susah. Majikan korang boleh mohon melalui Kementerian masing-masing untuk diselaraskan sebelum dikemukakan ke JKM atau KPWKM.

Banyak kelebihannya kalau ada TASKA di tempat kerja ni. Selain dapat meningkatkan produktiviti, masalah sosial seperti berlakunya penderaan kepada kanak-kanak dapat dikurangkan. Maklumlah, TASKA di tempat kerja kot. Banyak mata yang melihatkan. So, of course pekerja TASKA akan cuba buat yang terbaik. Apa pun, Ida harap peruntukan RM30 juta dapat dihabiskan dalam masa yang ditetapkan demi kebajikan ibu-ibu yang bekerja di Malaysia.

Jalan-jalan hujung minggu, cari tempat makan dan window-shopping di Setia City Mall Shah Alam.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari minggu adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh kami sekeluarga. Waktu inilah kami nak rehatkan minda dan jalan-jalan sambil mengeratkan hubungan silaturrahim sesama kami. Sekarang ini, dunia sedang berdepan dengan penyakit wabak koronovirus. Justeru itu, kita perlu lebih berhati-hati apabila berada dikhalayak ramai. Perlu memakai mask. Walaupun tiada arahan daripada kerajaan untuk memakai mask, namun adalah lebih afdal untuk melaksanakan langkah berjaga-jaga.

Ida bawa anak-anak jalan di Setia City Mall, Shah Alam. Tekak hari ini terasa nak makan makanan laut. So, kami pun masuk ke ‘The Manhattan Fish Market’. Agak lama juga kami tak makan seafood platter di sini.

Masa Ida beli dulu, musselnya diletakkan bersekali dengan nasi. Tapi sekarang, musselnya diletakkan dalam mangkuk berasingan dan kuahnya agak banyak. So, rasanya lebih puas hati. Anak-anak Ida berselera sekali makan bread yang dicicah dengan sos. Tak sempat Ida makan, bread tu dah habis. Di kawasan ‘Tartar Station”, anda boleh pilih sos yang pelbagai jenis; curry tartar, lime tartar, Bbq tartar dan Black pepper tartar. Boleh pilih ikut citarasa anda. Jangan campur semua udah lah, nanti lain pula jadinya😆

Sos Tartar pelbagai perisa.

Lagi satu yang best di sini ialah anda boleh charge handphone secara percuma.

Tempat charger.

Dah kenyang, tiba masa untuk window-shopping😋. Masa window-shopping, Ida ternampak ada sale di kedai ‘Typo”. Kalau anda nak tahu, “Typo” ni menjual barangan alat-tulis, tupperware dan souvenier-souvenier kecil yang branded. Ada juga barang yang ala-ala vintage. Memang kedai “Typo” ni ada followernya yang tersendiri.

Kedai Typo.

Antara barang-barang yang disale di “Typo”;

Diary eksklusif
Laptop case.
Bekas minuman yang boleh tahan air sejuk dan panas.
Novelty pens.
Buku tulis.

Di Setia City Mall juga ada kedai yang menarik untuk dikunjungi kerana terdapat barang keperluan diri dan rumah yang praktikal. Dan yang paling best, harganya pun berpatutan. Mana lagi kalau bukan kedai Daiso Japan.

Kedai Daiso Japan.

Di sini Ida sempat snap beberapa gambar peralatan rumah dan dapur yang bagi Ida amat kreatif dan memudahkan urusan kita sehari-hari.

Vacuum seal bag clothing with slider.

Beg ini akan menjadikan perjalanan anda lebih menyenangkan sebab dapat sumbat banyak pakaian dalam satu beg.

Bubble Wrap.

Memudahkan anda menyimpan pinggan-mangkuk atau barangan yang mudah pecah. Dengan adanya Bubble wrap juga akan dapat memelihara pinggan-mangkuk anda daripada pecah ketika berpindah rumah.

Flooring Mat.

Dapat menjadikan lantai rumah anda yang kosong kepada corak kayu yang menarik. Ini juga dapat memelihara kaki anda daripada rasa sejuk kerana kebiasaannya lantai rumah diperbuat daripada simen.

Kusyen kerusi meja makan.
Felt pelbagai warna.

Kalau anda mempunyai hobi membuat barangan seperti dompet, beg dan sebagainya daripada felt, maka di sini terdapat pelbagai pilihan warna dengan harga yang berpatutan.

Yang ini Ida suka, sebab kadang-kadang masa kita nak buat telur separuh masak, telur rebus pula jadinya. So, kalau ada egg timer ni, kerja anda di dapur menjadi lebih mudah.

Egg Timer.
Aluminium Panel for Kitchen.

Dapat melindungi dinding di kawasan dapur memasak daripada kesan minyak.

Kitchen Clip.

Anda dapat menyimpan lebihan makanan seperti kerepek, roti, kekacang dan sebagainya dengan hanya clip dibahagian hujung plastik makanan.

Bekas atau tray comel pelbagai warna.
Bekas pelbagai warna dan saiz untuk menyimpan barang/alat-tulis/pakaian kecil anda seperti stoking.

Apa yang Ida suka, kebanyakan barang dapat dibeli dengan harga yang berpatutan, iaitu RM5.90 sahaja.

Alhamdulillah, seronok juga dapat makan dan window-shopping di Setia City Mall, Shah Alam. Crowd tak berapa ramai mungkin sebab orang berhati-hati untuk tidak terlalu expose musim wabak ni. Apa pun, nak jalan-jalan boleh, cuma kenalah ambil langkah berjaga-jaga dengan memakai mask.

Virus Wuhan. Wabak Penyakit Koronovirus yang berbahaya. Cara-cara mencegah penyakit ini daripada merebak.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bila dengar perkataan virus, hati mula berdebar. Virus ni tiada ubatnya. Apa yang boleh dilakukan ialah melaksanakan langkah-langkah pencegahan seperti mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi seperti kerap mencuci tangan, menjauhkan diri daripada tempat ramai orang yang disyaki mempunyai penyakit itu dan membawa bersama penutup mulut dan hidung. Apa yang merbahaya tentang penyakit koronavirus ialah ianya mudah menjangkiti mereka yang sudah mempunyai penyakit lain.

Apa yang Ida lihat, sesiapa saja yang ada kontak atau bertemu dengan pesakit positif koronavirus akan dikuarantin untuk pemeriksaan selanjutnya. Sebagai contoh, baru-baru ini 7 anak kapal Malindo Air dikuarantin selama 14 hari apabila salah seorang penumpang dalam penerbangan itu disyaki dijangkiti koronavirus baru.

Ok lah, bercakap tentang langkah pencegahan, Ida pun pergilah ke farmasi terdekat untuk beli topeng muka dan hand sanitizer. Fuh, 2 kedai Ida masuk, semuanya stok dah habis. Alhamdulillah, kedai yang ketiga Ida masuk, ada banyak juga mask dan hand sanitizer yang masih tinggal.

Hasil daripada pembacaan, topeng muka yang sesuai ialah Temudung N95 (Respirator N95).

Respirator N95, surgery mask dan hand sanitizer.

Di bawah ini pula, Ida sertakan gambar rajah cara-cara penggunaan hand sanitizer yang betul.

Rupanya, setelah kita bersihkan tangan dengan hand sanitizer, kita perlu bilas tangan dengan air yang bersih pula.

Untuk pengetahuan pembaca, virus wuhan ini berasal dari sebuah pasar di Wuhan, China yang menjual hidupan liar secara haram. Virus Wuhan atau Korona ini merupakan campuran pelbagai virus yang ada pada haiwan. Ianya dalam keadaan tertentu boleh berpindah kepada manusia. Antara daging haiwan yang dijual di pasar Wuhan ialah unggas, babi, kura-kura, koala, anjing, merak, musang bulan, keledai, ular, scorpio dan haiwan eksotik yang lain.

Kura-kura.
Merak

Daging-daging haiwan yang terdapat di pasar Wuhan telah bercampur-gaul di antara satu sama lain dan diletakkan di atas penimbang yang kotor yang masih mempunyai kesan darah haiwan berkenaan. Kontak dengan daging dari berbagai haiwan yang dijual dipasar dinyatakan sebagai kemungkinan penyebab terjadinya infeksi pada manusia.

Di sini Allah SWT telah berfirman dalam Surah Al-Baqarah, Ayat 168, maksudnya “Hai sekalian manusia, makanlah apa yang halal lagi bersih dari apa yang terdapat dibumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan, kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu”.

Semoga Malaysia akan terhindar daripada Virus Wuhan ini, dan sama-samalah kita berdoa dan bersolat hajat agar keluarga kita terhindar daripada kemudaratan yang dibawa oleh wabak koronavirus ini, amiin.

Bagaimana untuk pastikan hartanah yang dibeli memberi keuntungan; bukan menjerat: Review Buku Jerat Kewangan dan Hartanah.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sempena cuti sekolah baru-baru ini, Ida berkesempatan untuk jalan-jalan di MPH Bookstore Setia City Mall, Shah Alam. Mulanya nak cuci mata saja dan beli peralatan sekolah anak, namun hati pula terpaut pada satu buku ni; ‘Jerat Kewangan dan Hartanah’, karya Saudari Ieza Yusof.

Ieza Yusof ini pula bukan calang-calang orang tau. Beliau berjaya mencapai RM1 juta pertamanya pada usia 29 tahun. Tatkala sesetengah orang sibuk beli dan tukar kenderaan baru, beliau sudah berjaya mengumpul 10 hartanah. Di sini, Ida nak kongsi sikit apa yang menarik tentang buku ini. Daripada 10 hartanah yang dibeli, 5 hartanahnya telah memberi keuntungan kepadanya.

Mengikut saudari Ieza, setiap orang perlu mempunyai matlamat kewangan. Setelah kita berjaya menjana pendapatan pasif seperti dividen, bonus dan hasil sewa rumah, barulah kehidupan akan menjadi lebih selesa. Beliau mempunyai matlamat kewangan untuk mendapatkan wang tunai RM500,000 sebelum usia 30an. Dengan wang tunai RM500,000, dia merancang melabur dalam sesuatu yang boleh menjana 15% dividen. Justeru itu, beliau boleh dapat dividen setiap bulan antara RM6,000 hingga RM7,000. Masa tu, tak kerja pun takpe kan. Atau bukan terpaksa bekerja.

So, kat mana nak cari instrumen pelaburan yang boleh beri dividen 15%? Di sini, Ieza mencadangkan untuk mempelbagaikan instrumen pelaburan. Antara yang boleh dipertimbangkan ialah hartanah, saham, unit amanah dan emas. Jangan fokus hanya pada ASB dan Tabung Haji sahaja. Ini kerana, dividen daripada kedua-dua instrumen itu antara 6% hingga 7% setahun, dan ia hanya dapat menampung inflasi. Prinsip Saudari Ieza ialah, ‘Simpan duit dan laburkan duit’. Antara instrumen pelaburan yang menguntungkan ialah melabur dalam hartanah. Namun, Saudari Ieza mengingatkan untuk berhati-hati dengan jerat hartanah.

Antara jerat-jerat hartanah ialah:

1.Tidak memahami proses jual-beli hartanah.

2. Mudah terpengaruh dengan promosi deposit murah daripada pihak pemaju.

3. Mudah terpengaruh dengan rumah pameran.

4. Tidak faham akan pakej pinjaman yang dipromosi oleh pihak bank.

5. Diambil kesempatan oleh pegawai bank kerana kekurangan ilmu.

6. Mengupah peguam yang tidak bertanggungjawab.

7. Membeli secara usaha sama, kemudian rakan kongsi lari.

8. Terbeli hartanah pada nilai yang salah.

9. Terbeli hartanah daripada pemaju pada harga masa hadapan.

10. Terbeli hartanah di lokasi yang salah.

11. Terbeli hartanah yang hanya mempunyai geran induk (master title).

12. Terbeli hartanah yang mempunyai kaveat.

13. Terbeli hartanah daripada pemaju yang tak berapa kukuh kewangan.

14. Terbeli hartanah daripada pemaju yang muflis.

Saudari Ieza memberi contoh pembelian terbaik beliau ialah rumah bertanah, lot tengah di Bandar Nusa Putra, Puchong yang dibeli pada tahun 2006. Harga asalnya ialah RM315,000. Bayaran bulanannya ialah RM2,022 dengan kadar faedah 7.2% setahun. Dengan kadar faedah baru iaitu 5.05% setahun, bayaran bulanannya yang baru ialah RM1,608 pada tahun 2010. Akhirnya, ia dapat dijual pada harga RM680,000 pada tahun 2014. Beliau mendapat keuntungan bersih sebanyak RM440,000 selepas 7 tahun. Untuk rekod, deposit yang beliau bayar pada mulanya hanyalah RM15,000. Kalau nak tahu apa lagi isi kandungan buku ini, dapatkanlah di pasaran. Banyak lagi perkara menarik yang dikongsi oleh pengarang.

So, riki2lah pelaburan yang menguntungkan pada tahun 2020. Yang penting, kena ada ilmu di dada, then, beranikan diri melangkah. Semoga berjaya.